1
Uinvest.com.ua – invest your money to the shares of real businesses
Motivasi Perniagaan

Perniagaan, Kewangan Serta Motivasi

Saturday, October 8, 2011

Bolehkah Aku Berjaya Nanti.

Semua orang kalau boleh mahu apa yang di fikirkan terjadi dengan jayanya.Tidak kisah sesusah mana dan sesukar apa sekalipun  tetapi akhirnya mahu kejayan yang berjaya.Aku juga tidak terkecuali untuk berjaya dalam kehidupan ini.Biar susah dan sukar mana sekalipun aku tetap mahu berjaya.Ianya bukan angan-angan kosong tetapi satu cita-cita yang sebenar dan aku kira bukan hanya aku sahaja yang mahu begitu pasti juga dengan kamu.

Jika kita terbaca atau menonton di kaca TV pasti kadang-kadang kita terjumpa dengan kisah hidup sesorang yang berjaya.Berjaya setelah begitu kuat melawan segala kepayahan demi meraih kejayaan.Mereka mungkin seorang ahli perniagaan yang berjaya atau mungkin seoarang artis.Kalau kejayaan dan kekayaan yang dia miliki adalah dari ibu bapa mereka atau dari keturunan datuk moyang mereka aku tidak begitu teruja dan terpesona melayannya.

Kepada aku tiada apa yang ajaib dan menghairankan.Tiada ada contoh pedoman dan teladan yang dapat memberikan kita motavasi.Itu sudah nasib dia di lahirkan dengan kemewahan dan kekayaan.Cemburu dan sakit hati? Jangan lah begitu rezeki masing-masing cuma yang maha satu sahaja yang maha tahu.

Cuma ada 3 perkara yang bakal kita kecapi sebagai satu kejayaan dan kekayaan dan di terima sebagai sungguh berjaya.Apa dia?

1,Pelajaran
2.Perniagaan.
3.Nasib

Ini 3 perkara yang bisa merubah hidup seseorang dari zero to hero.Tiada lain yang aku nampak mampu merubah nasib kita.Jika kita orang Islam pasti faham apa lagi yang mampu membuatkan kejayan ini di raih iaitu berdoa kepadanya.Jika mereka yang bukan Islam pasti 3 perkara in yang mereka sangat percaya dan yakini.

Pelajaran...

Ini adalah perkara yang paling ajaib yang masih kekal sehingga hari ini di mukabumi.Tiada lagi yang setanding dengan perkara ini.Pelajaran mampu merubah rupa muka peta dunia jika dia mahukan.Bukan pelajaran itu tetapi orang yang menerima pelajaran itu dan berjaya menjadi seorang pelajar.Pelajar yang terbaik dan terhebat.Maka orang-orang ini yang bakal menggoncangkan dunia dengan akal fikiran mereka.Semua yang berkuasa hari ini adalah mereka-mereka yang terpelajar.Begitu juga mereka-mereka yang kejam.Mereka juga datang dari golongan yang terpelajar cuma cara mereka mengikut kata hati dan bukan akal fikiran.

Di negara kita aku sedang melihat satu kaum terkecil semakin mampu memotong kita dengan pelajaran yang mereka berikan kepada anak-anak mereka dahulu.Sekarang ramai anak -anak mereka mampu duduk di kerusi yang kita pernah duduki.Kita pula terpaksa memberikan mereka laluan.Masa yang mereka ambil tidak lama di antara 20 ke 30 tahun untuk merubah semua sistem ini dan berpihak kepada mereka.Cuma dengan pelajaran sahaja mereka sudah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kita .Kita masih lagi berperang dengan masa dan kualiti kehidupan.

Ramai di antara mereka sekarang sudah berani bersuara.Berani kerana mereka lebih berpelajaran dari kita dan mereka semakin yakin dan berani meluahkan apa yang mereka tidak puas hati.Pelajaran yang mereka miliki telah bertukar menjadi senjata yang sangat bahaya sekarang.Mereka menggunakan semua saluran untuk berjaya.Kita pula semakin tersepit dengan berbagai-bagai masalah dalaman.Benar kita ada banyak pusat-pusat pendidikan tetapi kita sudah tidak punya mereka-mereka yang benar-benar mahu berubah dengan menggunakan pelajaran sebagai satu batu loncatan.

Kita kesana kerana terpaksa dan tiada pilihan.Kita takut kepada keluarga dan kita takut nanti kita tiada pekerjaan.Kita ke sana pun kerana terikut-ikut kawan-kawan lain bukan kerana kita ke sana untuk merubah kehidupan kita.Kita tiada tujuan yang sebenar-benarnya ke sana.Kita tersesat dalam diam-diam.Itu sebab kenapa ramai di antara mereka tidak tahu kemana harus mereka pergi dan tuju selepas habis tamat belajar.Kita suka sangat berharap ada orang lain yang datang membantu.Kita adalah yang paling di manja dan menghada-ghada.Kalau boleh semua harus di sediakan.Bangsa yang terkecil itu berusaha bagai tidak mahu jika mereka mahu akan sesuatu.Kita ada buat seperti itukah?

Perniagaan...

Dalam Islam kita tahu bagaimana cara untuk maju dan berjaya sehingga tahap yang paling tertinggi sekali di dunia ini iaitu perniagaan.Nabi kita berjaya dahulu pun kerana dia di kenali sebagai seorang usahawan yang berjaya.Perniagaan yang membuatkan Nabi di hormati.

Kita ada ramai orang yang berbakat untuk berniaga.Cuma sayangnya mereka cukup-cukup ramai bila di bulan Ramadan dan bukan di hari-hari biasa.Kenapa orang kita susah sangat untuk percaya yang perniagaan ini mampu merubah kualiti dan ekonomi kita.Apa yang aku lihat dan nampak dengan jelas di sini ialah mereka tiada nafsu dan bercita-cita seperti bangsa-bangsa lain.Mereka bukan tidak berusaha tetapi mereka lebih berharap apa juga perniagaan yang mereka ceburi akan berjaya dengan jayanya dengan sekali cuba.Kalau jatuh mereka malas untuk bangun semula.Mereka menyerah kalah dengan cepat sebelum mencubanya untuk beberapa kali lagi.Cepat putus asa.

Mereka lupa semua orang yang berjaya dan terkenal hari ini atau zaman dahulu seperti Nabi kita mereka bukan sekali sahaja gagalnya tetapi beribu kali dan mengambil masa bertahun-tahun untuk berjaya!

Kita gagal sekali lansung terus terduduk dan tidak bangun-bangun lagi.Serik dan kesal tidak sudah-sudah.Padahal itu cuma kegagalan kali pertama sahaja.Kalau kita rajin membaca kisah-kisah orang yang berjaya mereka sebenarnya bukan takut gagal tetapi mereka takut jika tidak berpeluang untuk gagal lagi.Tiada kejayaan jika tiada kegagalan.Dari kegagalanlah maka kita meraih kejayaan.Setiap kegagalan adalah pengalaman.Setiap pengalaman adalah pasti satu kejayaan.

Ini yang aku usahakan sekarang agar aku akan berjaya sebagai seorang usahawan.Benar aku pernah gagal dan jatuh tetapi aku bangun semula dan mendaki kembali.Insyaalah bukan hari ini tetapi masa depan aku ,aku sudah ketahui di mana duduk letaknya.Ini satu lagi pecahan kehidupan realiti aku yang aku buka.Tiada pendedahan sebelum-sebelum ini .Aku memang agak berahsia sedikit tentang perjalanan kehidupan aku.Aku adalah aku.

Nasib...

Semua orang ada nasib masing-masing.Ada yang bernasib baik dan ada juga yang buruk.Aku lebih suka katakan ini adalah hak dan bahagian masing-masing.Cuma redha dan tawakkal dengan apa juga akhir keputusannya.Semua telah tertulis di mana dan apa yang bakal kita terima.Kita cuma terus gigih berusaha tanpa mengenal erti kecewa atau putus asa.

Nasib seseorang bukan boleh kita baca.Jika bernasib baik kamu akan berkahwin dengan orang yang kaya maka kamu secara automatik sudah berjaya.Baik lelaki atau perempuan sama sahaja.Aidaikata kamu jenis yang suka mencuba dan memilih jalan pintas untuk berjaya sudah tentu Judi adalah jalan yang paling cepat dan pantas untuk berjaya dan terlingkup! Cari jalan yang mudah naik maka kita juga mudah turun.

Oleh itu harus hati-hati dengan pilihan-pilihan kita.Baik dan buruk kita yang terima.Aku sudah merasa akan akibat terlalu gelojoh dan terburu-terburu dan akhirnya memakan diri.Cuma nasib aku cukup baik kerana ALLAH masih menyayangi untuk aku sedar dan kembali ke pangkal jalan.Aku gagal dan aku bersyukur gembira.Kejayaan bakal pasti dalam genggaman kelak.Ini juga di namakan nasib.Nasib baik ...keh3!

Akhir sekali jangan kita berkeluh kesah dengan nasib yang kita alami.Jangan suka sangat di pertikaikan tetapi bertanya kembali dengan diri sendiri kenapakah nasib aku begini terjadi.Silap aku atau sudah memang nasib aku.Di sini kita pasti di goda dan di cuba dan dipertikaikan kewibawaan kita.Cuma jangan sampai terlupa diri sudah.Bahaya akibatnya tiada terjawap.

Bolehkah kita terima nasib yang kita terima hari ini dengan seiklas hati?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...