1
Uinvest.com.ua – invest your money to the shares of real businesses
Motivasi Perniagaan

Perniagaan, Kewangan Serta Motivasi

Wednesday, July 27, 2011

5 Panduan Kunci Kekuatan Usahawan Berjaya

1. MERANCANG DAN DAPATKAN HASIL

Tidak kira di mana sahaja di dunia, kebolehan merancang dan mendapatkan hasil adalah tugasan yang paling berharga sekali. Tidak kira dalam bidang politik, keluarga atau individu, merancang akan dapat membuahkan hasil yang lebih teratur dan baik.

Begitu juga dalam perniagaan. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, kebolehan merancang dan mendapatkan keputusan adalah amat penting. Sebelum memulakan apa sahaja perniagaan, satu perancangan yang lengkap perlu diadakan (jangan nak main terjun sahaja!). Apabila perniagaan sudah dimulakan, perancangan masih diperlukan dalam menganalisa strategi pemasaran untuk mengembangkan perniagaan anda. Apabila perniagaan anda sudah maju, perancangan masih diperlukanm untuk memastikan perniagaan anda mendapat pasaran terbesar dan tidak diambil oleh pesaing anda!

Dalam setiap peringkat perniagaan, perancangan dimestikan dan tidak pernah ditinggalkan oleh usahawan yang berjaya. Usahawan yang berjaya akan sering tanya pada diri sendiri:

- Apakah keputusan yang diinginkan dalam perniagaan ini?
- Bagaimana keputusan itu dapat dicapai?
- Siapa yang dapat membantu mengembangkan perniagaan ini?
- Apakah kebolehan atau ilmu tambahan yang saya perlukan untuk mengembangkan perniagaan ini?

Kebolehan anda untuk mendapatkan hasil dan bertanggungjawab atas keputusan anda adalah tanda seorang usahawan yang gemilang.

2. BERI LEBIH DARIPADA APA YANG DISANGKAKAN

Kunci kejayaan sesuatu perniagaan adalah untuk melakukan lebih daripada apa yang disangkakan. Bak kata mat salleh, “Go the extra mile!”. Maksudnya adalah untuk anda melakukan tugasan anda dalam perniagaan lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang lain.

Kebiasaannya, seorang pekerja hanya akan melakukan tugasannya apabila disuruh. Pekerja akan melakukan kerja berdasarkan pendapatan yang diterima. Tetapi, untuk menjadi usahawan yang berjaya, menteliti sebagai “pekerja” tidak lagi boleh disimpan.

Pelanggan akan mengetahui bahawa anda sanggup bekerja ekstra untuk memenangi hati mereka. Usahawan lain juga akan dapat melihat peluang bekerjasama dengan anda oleh kerana anda berusaha sekeras-kerasnya dalam perniagaan anda. Melakukan kerja lebih daripada apa yang disangkakan akan membuka pintu rezeki kepada perniagaan anda.

3. MEMASAR DAN MENJUAL!

Ini adalah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan- pemasaran dan menjual! Tahukah anda bahawa lebih 95% perniagaan baru gagal dalam tahun pertama ia ditubuhkan? Ya, statistik ini amat mengejutkan bagi bakal-bakal usahawan. Namun, sekiranya anda mempunyai ciri-ciri usahawan yang berjaya, ia dapat menjauhkan daripada statistik ini.

Kebolehan memasar dan menjual apa yang anda niagakan adalah nadi kepada apa jua jenis perniagaan. Kebolehan yang diperlukan adalah:

- Kebolehan berkomunikasi
- Kebolehan merunding
- Kebolehan memujuk pembeli membeli
- Kebolehan menjual produk atau perkhidmatan anda

Kunci kejayaan apa jua perniagaan adalah jualan dan keuntungan yang tinggi. Tanpa kebolehan “menjual“, matlamat sesuatu perniagaan tidak dapat dicapai. Aliran wang (cash flow) adalah amat penting dalam perniagaan dan aliran wang hanya akan diperolehi melalui menjual produk dan perkhidmatan anda.

Oleh kerana menjual adalah amat penting dalam perniagaan, pelajari kaedah-kaedah menjual melalui buku-buku, seminar perniagaan dan juga seminar komunikasi.

Bertahun-tahun dulu, saya merupakan seorang yang agak pendiam dan sukar berkomunikasi dengan sesiapa sahaja- apatah lagi menjual! Ianya selepas saya memperbaiki kelemahan saya dalam komunikasi, saya mula dapat melihat kejayaan dalam perniagaan saya berkembang melalui pemasaran dan jualan yang meningkat. Dua tip dalam menjual:

1. Seseorang itu tidak dilahirkan boleh menjual! Menjual adalah suatu kebolehan yang boleh dipelajari. Seperti menunggang basikal, ianya agak sukar pada peringkat awal. Tetapi, apabila berkali-kali melakukan perkara yang sama, ia menjadi semakin mudah.

2. Komunikasi adalah penting dalam perniaagaan. Namun, berkomunikasi bukan sekadar maksudnya banyak bercakap! Tetapi juga untuk bijak mendengar. 85% kejayaan anda adalah bergantung kepada mereka disekeliling anda. Pelajari kaedah berkomunikasi, mendengar, memujuk, persembahan untuk mendapat kerjasama dari pelbagai pihak dalam membantu menjayakan perniagaan anda.

4. FAHAMI ANGKA PERNIAGAAN

Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka perniagaan anda!

Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan, produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu penting iaitu penyata kewangan.

Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda. Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka yang lebih bertauliah. Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan keuntungan keseluruhan perniagaan anda!

5. TIDAK PUTUS ASA MENCUBA

Pembaca sekelian,

Seperti yag dikatakan sebelum ini, 95% perniagaan akan gagal. Ini bermaksud, anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya! Sedih bunyinya bukan? Kunci terkahir adalah tidak berputus asa!

Anda kenali manusia terkaya didunia, Bill Gates. Tahukah anda bagaimana beliau menjadi manusia terkaya dalam perniagaannya yang boleh dikatakan yang paling berjaya di dunia?

Pada ketika ini sahaja Microsoft sedang membangunkan dan menguji lebih darpada 1,600 produk dan perkhidmatan yang balum lagi dipasarkan dimana kebanyakannya tidak akan dipasarkan pun dan dikira sebagai projek gagal. Mengapa begini? Microsoft tahu bahawa lebih banyak mencuba, maka lebih banyak peluang menjumpai kejayaan.

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak putus asa dalam usahanya untuk menjumpai 5% peluang kejayaan itu.

Walaupun dikatakan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, rezeki tersebut tidak akan tercapai sekiranya anda tidak mendalami ilmu perniagaan. Ambil langkah demi langkah dan pelajari selok belok perniagaan. Kejayaan perniagaan akan datang kepada anda sekiranya anda mendalami ilmunya

Ayat Semangat “Manusia Dan Kegagalan”

  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  • Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
  • Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
  • Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
  • Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
  • Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.

Share

Ayat Semangat ” CIRI-CIRI ORANG BERJAYA”

Ayat Manis

Kita semua sering mendengar sahabat kita menceritakan tentang kejayaaan saudara atau rakan-rakan mereka yang berjaya. Kebanyakan kejayaan mereka diukur dari harta benda dan kemewahan yang mereka miliki. Ini kerana pada pandangan mereka mengatakan sekiranya seseorang mampu memiliki kereta besar, rumah besar dikategorikan sebagai orang yang berjaya. Tetapi ada sesetengah orang pula mengatakan anak yang soleh,anak yang membesar dalam ilmu yang cukup, bini yang taat juga dikategorikan sebagai orang yang berjaya. Walau apa pun pandangan itu, mereka tetap dikategorikan sebagai orang yang berjaya.

Tetapi bagaimana pula untuk berjaya? Pernahkah anda terfikir bagaimana mereka boleh berjaya? Ada yang berjaya walaupun tidak pernah menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan dan ada pula yang berjaya dengan menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat dan Tuhan. Ini adalah semua kuasa Tuhan kerana iaNya penentu segalanya bagi rezeki kita selama ini.

Antara Ciri Orang Yang Berjaya:

1. Mempunyai Matlamat Hidup / Cita-Cita – Seperti mahu membeli rumah, mahu bebas hutang,mahu anak-anak berjaya, mahu menjadi kaya sebelum umur 35 tahun.

2. Mempunyai Disiplin – Disiplin ini bermaksud seperti ketepatan waktu, tegas, mampu membuat keputusan. Orang yang berjaya mempunyai jam biologi 4-5 jam sahaja waktu tidur. Ini kerana waktu tidur yang lama sehingga ke tengahari akan melembapkan Otak dan menutup pintu rezeki.

3. Mempunyai idea- Idea bermaksud akal fikiran atau logikal dalam membuat keputusan. Tidak semata-mata mengharapkan idea dari orang lain untuk melakukan kerja.

4.Mempunyai Jati Diri- Jati diri ialah sejauh mana ketahanan untuk hidup untuk mengharungi liku-liku kehidupan. Lihat sahaja Lim Goh Tong,Boon Siew, Syed Mokhtar, Rober Kuok,Daim Zainuddin dan usahawan yang lain. Mereka semua tidak pernah patah semangat untuk berjaya walaupun banyak kekurangan.

5.Belajar untuk memberi semula-Kejayaan kita juga diukur dari segi keberkatan rezeki yang kita dapat, sejauh mana anda mampu untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan anda. Ini kerana di dalam Islam menyuruh kita berZakat kerana ianya dapat menyucikan harta kita. Kita harus percaya bahawa rezeki datang dariNya dan bukan dari manusia.

6. Bijak mengambil peluang- Peluang dari segi pasaran saham,pasaran rumah,perniagaan.

7. Orang yang berjaya sentiasa mencari jalan memperbaiki diri.Peter Drucker, professor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: “Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat”. Dengan sikap seperti ini, tiap-tiap orang boleh berjaya malah dapat pula membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara membina.Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Orang yang positif bertanggungjawab kepada dirinya sendiri – berdikari.

8.Hormat Menghormati- Seorang anak harus menghormati ibubapanya tidak atau mertuanya. Kerana keberkatan rezeki tidak akan dapat walau sekuat mana pun kita berusaha. Rezeki yang diterima mungkin melimpah ruah,tetapi mungkin sekejap sahaja. Ini lah faktor dimana saya melihat banyak rakan-rakan saya tidak berjaya sehingga hari ini. Doa ibubapa merupakan doa yang tiada halangan kerana ianya dinaikkan terus ke Allah.

9. Tawakkal – Berserah kepada Tuhan dalam menemu kejayaan. Ini adalah kemestian yang perlu ada di dalam umat Islam untuk mencari kejayaan. Segala yang dilakukan perlu mempunyai tawakkal kerana kita telah melakukan yang terbaik dan hanya kepadaNya kita mengharapkan keberkatan rezeki itu.

25 Ciri Usahawan Berjaya

Adakah anda tergolong di kalangan usahawan yang berjaya? Baca lebih lanjut untuk mengetahui sifat-sifat penting sebagai seorang usahawan berjaya.Terdapat beberapa ciri-ciri penting yang terdapat pada usahawan berjaya iaitu:

Petikan dari majalah Sukses - 10 September 09

1. Keperluan untuk kejayaan

Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. Hasrat untuk menerima hasrat

Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.

3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakan

Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan mem¬bantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.

4. Menyelesaikan masalah

Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.

5. Sering mengharapkan masa depan yang baik

Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.

6. Mencari persekitaran yang baik

Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.

7. Keupayaan mempraktikkan sesuatu

Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.

8. Tampuk kawalan

Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9. Kepercayaan timbal balik dengan orang lain

Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.

10. Keyakinan terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan

Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.

11. Kesediaan menerima tanggungjawab

Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

12. Keupayaan mencuri peluang

Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.

13. Mempunyai cita-cita lebih tinggi

Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

14. Konsep diri yang positif

Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan me¬lihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. Belajar dari keputusan

Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16. Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubah

Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17. Berorientasikan perancangan

Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.

18. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat

Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

19. Menetapkan matlamat

Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.

20. Ubah suai pentadbiran

Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.

21. Kemahiran pengurusan

Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

22. Rasa kemanjuran (semangat waja)

Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya

23. Kepimpinan

Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

24. Kuat berusaha

Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.

25. Pandai membuat keputusan

Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.

" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya."

Adakah anda ingin menjadi seorang usahawan berjaya? Nilai diri anda berdasarkan ciri-ciri di atas den perbaiki segala kelemahan anda. Pasti anda mampu menjadi seorang usahawan berjaya.

CIRI CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA

CIRI CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA
MAKLUMAT NI AKU CEDOK DLM BUKU USAHAWAN CEMERLANG OLEH SAAT SULAIMAN...

semoga maklumat ringkas ini dapat memberi ilmu yg berguna kepada semua usahawan.. termasuk aku....

1. MEMILIKI MODAL SECUKUPNYA

2. SENTIASA BERILMU

3. MEMILIH PERNIAGAAN YG KURANG BERISIKO

4.BIJAK MENGATUR PERBELANJAAN DAN AKAUN

5.MEMENUHI KEHENDAK PASARAN.

6. MENCARI JALAN MENGELAK KERUGIAN

7. MENGHABISKAN STOK

8. BIJAK MENARIK PELANGGAN

9. PRODUK DAN PERKHIDMATAN BERKUALITI

10. BERERIBADI MULIA

11. MEMPELBAGAI JENIS PERNIAGAAN

12. MENYIMPAN KEUNTUNGAN

13. MEMILIKI SIMPANAN

14. BERSEDIA MENEMPUHI KEMEROSOTAN

15. MERANCANG PERNIAGAAN

16. HUTANG BERJADUAL

17. MODAL MENGATASI HUTANG

18. MENEROKA BIDANG BARU

19. PEMASARAN YANG EFISIEN

20.BERJAYA MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN

21. SENTIASA MEREBUT PELUANG

22. KOMITED DAN BERSUNGGUH SUNGGUH

23. MEMILIKI IQ CEMERLANG

24. MEMILIKI WAWASAN DAN MATLAMAT.

25. SABAR DAN TABAH

26. BERANI MENCUBA

27. SENTIASA BERSAING

28. BERUSAHA MENINGKATKAN KEUNTUNGAN

29. SENTIASA BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN

30. MEMANFAATKAN MASA

31. MEMILIH LOKASI YANG TEPAT

32. MERANCANG UTK BERJAYA

33. SENTIASA ADA PERUBAHAN DAN KEMAJUAN

34. BERFIKIR BESAR

35.MEMBERI KELAINAN

36. BIAR KECIL PERNIAGAAN KEUNTUNGAN BESAR

37. MEMBERI REPUTASI YANG BAIK KEPADA PELANGGAN

38. SENTIASA MENCARI PELANGGAN

39. TIDAK MENJUAL PRODUK TIDAK BERKUALITI

40.MENAMBAH PERKHIDMATAN TANPA BAYARAN TAMBAHAN

41. SENTIASA MENDAPATKAN HARGA TERBAIK DARIPADA PEMBEKAL

42. MEMBUAT PENYELIDIKAN

43. BERUSAHA MENGEKALKAN HARGA RENDAH

44.MENGIKUTI ARUS PASARAN DAN ZAMAN

45. MENGIKUTI PERKEMBANGAN EKONOMI

46 SENTIASA MEMPERBAIKI KELEMAHAN

47. MENGUTAMAKAN KUALITI BUKAN KUANTITI

48. MENGELAKKAN TANGGAPAN SALAH

49.MEMBUAT PERANCANGAN BERTERUSAN

50.MENGELUARKAN PRODUK YG BERJAYA DI PASARAN

51. MELATIH PEKERJA TENTANG PERNIAGAAN

52. MENGKAJI KEHENDAK PELANGGAN

53.SENTIASA MEMPERBAHARUI PRODUK DAN PERKHIDMATAN

54. MENIRU KEMAJUAN PESAING

55. MENCARI PUNCA KEGAGALAN

56.PEKA DENGAN KOMEN DAN KRITIKAN PELANGGAN

57.MENCARI IDEA BARU

58. MENYIMPAN KEUNTUNGAN

59. MEMILIH PEKERJA BERKUALITI

60. MENOLAK PRODUK TIDAK BERKUALITI.

BERSAMBUNG

Artikel Motivasi Kecemerlangan & Kejayaan Diri

7 Ciri Cemerlang Orang
(Pemimpin / Usahawan) yang Positif (Berjaya)
Oleh Taidin Suhaimin

Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau jati diri cemerlang orang-orang (pemimpin / usahawan) yang positif.

1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat

Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!

Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea (pencetus penyelesaian masalah) yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bersifat semakin tercabar, semakin gagah!

Dunia amat mengkagumi keperibadian dan idea-idea beliau. Dunia juga amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran tajam Dr. Mahathir.

2. Melihat Peluang Dalam Kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!

Kisah hidup Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina satu penghidupan baru di sana. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun.

Lepas Perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang sangat teruk; banyak syarikat muflis; ramai orang yang jadi miskin dan papa; ramai juga orang yang hilang harapan. Tetapi, Onassis tidak membiarkan dirinya menjadi gagal. Ia tekad mencari peluang dalam kekemelutan itu. Ia telah nampak suatu peluang. Ia sedar yang tentera-tentera Amerika Syarikat sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika Syarikat itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal tersebut sudah boleh digunakan bagi mengangkut barang-barang dagangan.

Onassis yang positif telah dapat melihat peluang dalam kegawatan, manakala, orang lain lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.

3. Sentiasa Berusaha Bersungguh-sungguh
Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.

Sesuai dengan kata-kata nasihat Paul Getty, seorang bilionaire Amerika bahawa untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan, seseorang itu hendaklah membuat dua perkara ini:

Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN! - Penjelasan

4. Tidak Menyalahkan Keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.

Napoleon yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.

Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan / membuktikan kepada rakan-rakannya yang selalu mengejek-ejeknya itu bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau telah menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah.

Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.

5. Mendengar Dahulu Pendapat Orang Lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bahawa, bila orang mengecam, tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

Presiden Abraham Lincoln pernah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata demikian? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu hanya akan merugikan kerajaan Amerika Syarikat. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu menarik balik rancangannya tadi.

Sebaliknya, pemimpin-pemimpin yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada rakyatnya, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan atau kalah di piliharaya dalam keadaan yang mengaibkan.

Inilah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin termasuk di negara kita. Mereka bukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan minda terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama ada yang tersurat atau tersirat. Jika ini dapat diamalkan, insya-Allah, rakyat akan merasa sentiasa terbela dan terus memberi sokongan. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas! Rakyat adalah pelanggan yang mesti diberi layanan yang cemerlang dan kepuasan oleh pemimpin-pemimpin (wakil rakyat-wakil rakyat).

6. Sentiasa Mencari Jalan Memperbaiki Diri
Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja sepuluh tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan untuk membaiki kehidupannya.

Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan Amerika Syarikat ada berkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia."

7. Sentiasa Bangun Apabila Terjatuh
Orang yang positif tidak gemar dengan sikap suka berputus asa.

Orang yang positif memandang sesuatu kegagalan itu pada sudut positif. Mereka memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan.

Oleh kerana itu, orang-orang yang positif walau betapa teruk pun mereka jatuh akan terus berusaha untuk bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar daripada sebelum mereka mengalami kegagalan / kejatuhan.

Oleh itu, janganlah sekali-kali berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon keredaanNya. Insya-Allah.

(Hakcipta Terpelihara) 2010, Taidin Suhaimin
TAIDIN SUHAIMIN adalah penceramah profesional antarabangsa dari Sabah, Malaysia dalam bidang pembangunan diri, pengurusan dan komunikasi. Semenjak tahun 1993, ribuan peserta dari pelbagai lapisan dari lebih 200 buah organisasi di Asia Tenggara dan Timur Tengah telah mengikuti program-program latihan beliau. http://www.taidinsuhaimin.com

Ciri-Ciri Usahawan Berjaya

Ciri-Ciri Usahawan Berjaya

businessman jumping Ciri Ciri Usahawan Berjaya

JIKA mahu dinyatakan dalam satu ayat, usahawan itu mempunyai sifat sentiasa inginkan kecemerlangan dalam usaha perancangannya. Itulah sebabnya dikatakan bahawa usahawan itu hidup bernafaskan kejayaan. Usahawan sentiasa ingin berjaya dan bersungguh-sungguh berusaha untuk berjaya.

Adakah anda tergolong di kalangan usahawan yang berjaya? Baca lebih lanjut untuk mengetahui sifat-sifat penting sebagai seorang usahawan berjaya.

Berikut adalah antara sifat penting yang perlu diketahui:

1. Keperluan untuk kejayaan

Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. Hasrat untuk menerima hasrat

Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.

3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakan

Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan mem¬bantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.

4. Menyelesaikan masalah

Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.

5. Sering mengharapkan masa depan yang baik

Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.

6. Mencari persekitaran yang baik

Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.

7. Keupayaan mempraktikkan sesuatu

Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.

8. Tampuk kawalan

Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan dapat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9. Kepercayaan timbal balik dengan orang lain

Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.

10. Keyakinan terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan

Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.

11. Kesediaan menerima tanggungjawab

Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

12. Keupayaan mencuri peluang

Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.

13. Mempunyai cita-cita lebih tinggi

Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

14. Konsep diri yang positif

Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan melihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. Belajar dari keputusan

Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16. Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubah

Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17. Berorientasikan perancangan

Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.

18. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat

Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

19. Menetapkan matlamat

Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.

20. Ubah suai pentadbiran

Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.

21. Kemahiran pengurusan

Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

22. Rasa kemanjuran (semangat waja)

Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya.

23. Kepimpinan

Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

24. Kuat berusaha

Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.

25. Pandai membuat keputusan

Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan perniagaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.

” Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.”

5 Tips Usahawan Berjaya

1. MERANCANG DAN DAPATKAN HASIL

Tidak kira di mana sahaja di dunia, kebolehan merancang dan
mendapatkan hasil adalah tugasan yang paling berharga sekali. Tidak
kira dalam bidang politik, keluarga atau individu, merancang akan
dapat membuahkan hasil yang lebih teratur dan baik.

Begitu juga dalam perniagaan. Untuk menjadi usawahan yang berjaya,
kebolehan merancang dan mendapatkan keputusan adalah amat penting.
Sebelum memulakan apa sahaja perniagaan, satu perancangan yang
lengkap perlu diadakan (jangan nak main terjun sahaja!). Apabila
perniagaan sudah dimulakan, perancangan masih diperlukan dalam
menganalisa strategi pemasaran untuk mengembangkan perniagaan anda.
Apabila perniagaan anda sudah maju, perancangan masih diperlukan
untuk memastikan perniagaan anda mendapat pasaran terbesar dan
tidak diambil oleh pesaing anda!

Dalam setiap peringkat perniagaan, perancangan dimestikan dan tidak
pernah ditinggalkan oleh usahawan yang berjaya. Usahawan yang
berjaya akan sering Tanya pada diri sendiri:

- Apakah keputusan yang diinginkan dalam perniagaan ini?
- Bagaimana keputusan itu dapat dicapai?
- Siapa yang dapat membantu mengembangkan perniagaan ini?
- Apakah kebolehan atau ilmu tambahan yang saya perlukan untuk
mengembankan perniagaan ini?

Kebolehan anda untuk mendapatkan hasil dan bertanggungjawab atas
keputusan anda adalah tanda seorang usahawan yang gemilang.

2. BERI LEBIH DARIPADA APA YANG DISANGKAKAN

Kunci kejayaan sesuatu perniagaan adalah untuk melakukan lebih
daripada apa yang disangkakan. Bak kata mat salleh, "Go the extra
mile!". Maksudnya adalah untuk anda melakukan tugasan anda dalam
perniagaan lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang lain.

Kebiasaannya, seorang pekerja hanya akan melakukan tugasannya
apabila disuruh. Pekerja akan melakukan kerja berdasarkan
pendapatan yang diterima. Tetapi, untuk menjadi usahawan yang
berjaya, menteliti sebagai "pekerja" tidak lagi boleh disimpan.

Pelanggan akan mengetahui bahawa anda sanggup bekerja ekstra untuk
memenangi hati mereka. Usahawan lain juga akan dapat melihat
peluang bekerjasama dengan anda oleh kerana anda berusaha
sekeras-kerasnya dalam perniagaan anda. Melakukan kerja lebih
daripada apa yang disangkakan akan membuka pintu rezeki kepada
perniagaan anda.

3. MEMASAR DAN MENJUAL!

Ini adalah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan- pemasaran dan
menjual! Tahukah anda bahawa lebih 95% perniagaan baru gagal dalam
tahun pertama ia ditubuhkan? Ya, statistik ini amat mengejutkan
bagi bakal-bakal usahawan. Namun, sekiranya anda mempunyai
cirri-ciri usahawan yang berjaya, ia dapat menjauhkan daripada
statistic ini.

Kebolehan memasar dan menjual apa yang anda niagakan adalah nadi
kepada apa jua jenis perniagaan. Kebolehan yang diperlukan adalah:

- Kebolehan berkomunikasi
- Kebolehan merunding
- Kebolehan memujuk pembeli membeli
- Kebolehan menjual produk atau perkhidmatan anda

Kunci kejayaan apa jua perniagaan adalah jualan dan keuntungan yang
tinggi. Tanpa kebolehan "menjual", matlamat sesuatu perniagaan
tidak dapat dicapai. Aliran wang (cash flow) adalah amat penting
dalam perniagaan dan aliran wang hanya akan diperolehi melalui
menjual produk dan perkhidmatan anda.

Oleh kerana menjual adalah amat penting dalam perniagaan, pelajari
kaedah-kaedah menjual melalui buku-buku, seminar perniagaan dan
juga seminar komunikasi.

Dua tip dalam menjual:

1. Seseorang itu tidak dilahirkan boleh menjual! Menjual adalah
suatu kebolehan yang boleh dipelajari. Seperti menunggang basikal,
ianya agak sukar pada peringkat awal. Tetapi, apabila berkali-kali
melakukan perkara yang sama, ia menjadi semakin mudah.

2. Komunikasi adalah penting dalam perniaagaan. Namun,
berkomunikasi bukan sekadar maksudnya banyak bercakap! Tetapi juga
untuk bijak mendengar. 85% kejayaan anda adalah bergantung kepada
mereka disekeliling anda. Pelajari kaedah berkomunikasi, mendengar,
memujuk, persembahan untuk mendapat kerjasama dari pelbagai pihak
dalam membantu menjayakan perniagaan anda.

4. FAHAMI ANGKA PERNIAGAAN

Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang
telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat
oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara
yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka
perniagaan anda!

Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan
perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan,
produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu
penting iaitu penyata kewangan.

Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa
yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda.
Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka
yang lebih bertauliah. Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda
perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya
wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan
keuntungan keseluruhan perniagaan anda!

5. TIDAK PUTUS ASA MENCUBA

Warga Forum sekalian, seperti yag dikatakan sebelum ini, 95% perniagaan akan
gagal. Ini bermaksud, anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya!
Sedih bunyinya bukan? Kunci terkahir adalah tidak berputus asa!

Anda kenali manusia terkaya didunia, Bill Gates. Tahukah anda
bagaimana beliau menjadi manusia terkaya dalam perniagaannya yang
boleh dikatakan yang paling berjaya di dunia?

Pada ketika ini sahaja Microsoft sedang membangunkan dan menguji
lebih darpada 1,600 produk dan perkhidmatan yang balum lagi
dipasarkan dimana kebanyakannya tidak akan dipasarkan pun dan
dikira sebagai projek gagal. Mengapa begini? Microsoft tahu bahawa
lebih banyak mencuba, maka lebih banyak peluang menjumpai kejayaan.

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak putus asa dalam
usahanya untuk menjumpai 5% peluang kejayaan itu.

Walaupun dikatakan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, rezeki
tersebut tidak akan tercapai sekiranya anda tidak mendalami ilmu
perniagaan. Ambil langkah demi langkah dan pelajari selok belok
perniagaan. Kejayaan perniagaan akan datang kepada anda sekiranya
anda mendalami ilmunya.

Share this topic on Del.icio.usShare this topic on DiggShare this topic on FacebookShare this topic on GoogleShare this topic on LiveShare this topic on MySpaceShare this topic on SquidooShare this topic on StumbleUponShare this topic on TechnoratiShare this topic on TwitterShare this topic on YahooShare this topic on Google buzz

Menjadi Usahawan Berjaya dan DiRedhai

Menjadi Usahawan Berjaya dan DiRedhai

Jika anda perasan, saya amat jarang membuat post atau tulisan di blog ini dalam beberapa waktu yang terdekat ini. Ya, begitu sibuk. Sibuk buat duit. ;)

Sebelum itu, saya mengucapkan terima kasih kepada ‘peminat’ setia blog ini dan meletakkan smartusaha sebagai salah satu sumber rujukan yang dipercayai. Bahkan, ada juga yang menganggap saya telah berjaya. Oh, mungkin belum berjaya, sentiasa dalam perjalanan. Sebab prinsip saya, kejayaan itu adalah satu perjalanan. ;) Kalau kita kata kita dah berjaya, biasanya kita akan stop dan sudah kurang usaha untuk meningkatkan kejayaan kita. Harapnya tidak begitulah. Sentiasalah berusaha untuk mencapai lebih lagi kejayaan dan perbaiki kekurangan yang ada.

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, biasanya ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Saya melihat, begitu banyak perniagaan di internet hidup segan mati tak mahu. Mereka tidak ada masalah dari segi membangunkan laman web, tetapi dari segi pemasaran, mereka masih lagi tercakup dan terikat dengan satu dua kaedah sahaja. Ini merupakan satu kesalahan atau satu cara yang membahayakan. Pelbagaikan kaedah pemasaran untuk menjadikan anda berjaya dan diketahui ramai. Fahami dan amalkan konsep niche yang sering dilaung-laungkan oleh internet marketer. Kalau dah ada orang buka kedai buku online, kita pun nak buka. Macam-macam buku pulak tu. Boleh, tetapi agak sedikit sukar untuk bersaing, lebih-lebih jika anda masuk ke pasaran antarabangsa. Di sana, beribu bahkan berjuta orang menjual buku secara online. Jadi bagaimana untuk anda bersaing? Tak lain tak bukan, anda perlu ada perbezaaan. Inilah saja cara pertama jika anda ingin menjadi seorang usahawan internet yang berjaya. Lainlah jika anda sudah membina kredibiliti dan nama di persada internet. Sekurangnya, anda tiada masalah untuk menjual apa-apa sebab anda sudah terkenal.

Itu niche, bagaimana pula dengan ciri yang lain? Ya, sabar adalah salah satunya. Ingat, bisnes internet bukan mula hari ini esok terus kaya. Tapi tidak mustahil, jika mula hari ini, malam ini atau keesokan hari, anda akan mendapat jualan.

Pendapatan Puluhan Ribu atau Juta?

Inilah bahagian yang suka untuk saya sentuh. Rata-rata kebanyakan kita menjadikan pendapatan yang tinggi sebagai satu ukuran dan titik tolak untuk menentukan seseorang usahawan itu berjaya atau tidak. Tapi saya sebaliknya. Saya meletakkan ciri dalaman seseorang usahawan itu sebagai aspek pertama. Bagi saya, seorang usahawan internet itu tidak diletakkan sebagai seorang yang berjaya sepenuhnya jika ciri dalaman dia ego, sombong, kedekut ilmu, menggunakan cara yang salah, penting diri sendiri, materialistik dan lain-lain sifat madzmumah atau tercela. Setuju? ;)

Ya, anda buatlah jualan berjuta sekalipun, tetapi ia tidak bermakna jika anda tidak mempunyai aspek dalaman yang terpuji di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Saya bukanlah seorang ustaz untuk bercakap mengenai hal ini atau bukanlah orang yang layak bahkan tidak sesekali untuk menentukan sifat dalaman atau peribadi orang lain. Hanya pesanan dan pendapat semata-mata.

Berapa lama dah awak buat bisnes internet?

Ini satu lagi soalan cepu emas dan sentiasa berlegar di pemikiran manusia tidak kira di Malaysia atau luar negara. Bagi saya, tempoh bukan faktor utama untuk menentukan seseorang itu berjaya atau tidak. Yang utama adalah, dia memiliki kefahaman yang jelas mengenai perniagaan internet, melakukan dengan betul, mengikut syari’at, mempunyai peribadi usahawan yang ‘sejati’ dan tidak melangkaui batasan undang-undang. Bagi saya, jika dia telah memiliki ciri-ciri tersebut, mereka adalah golongan usahawan yang berjaya. Jualan dan keuntungan hanyalah sebahagian penentu kejayaan dalam keusahawanan, bukan keseluruhan.

Sudah tiba masanya kita membuang belenggu ukuran yang lama ini. Ukuran dari aspek keuntungan semata-mata, tetapi membelakang atau melupakan aspek dalaman dan lain-lain yang tidak kurang pentingnya.

Saya nak tengok statement income awak

Ini satu lagi ‘penyakit’ yang sering melanda pemikiran kita. Bagi saya, cukuplah menunjukkan yang kita betul-betul buat bisnes dan mempunyai ciri-ciri yang saya nyatakan di atas. Saya dari segi peribadi, tidak sesekali akan menunjukkan penyata pendapatan saya kepada umum. Alasan saya, “ini pendapatan saya. Kalau saya tunjuk pun, tak ada guna bagi awak. Awak nak hasil, usaha lah.”. ;) Ya, saya hanya pernah sekali menunjukkan income saya di wangcyber.com berjumlah RM400 untuk satu transaksi. Berapa income saya setiap bulan? Tak guna saya beritahu, sebab ia tak berguna pun untuk anda. Untuk apa ditunjukkan? Hanya sekadar untuk memuaskan hati dan nak membuktikan yang kita betul-betul buat bisnes? Bagi saya, ia soal kedua. Sekali lagi, tak guna melihat statement orang lain yang berjela-jela jika ANDA TIDAK ADA USAHA!

Usahawan internet yang berjaya adalah, mereka yang mempunyai jati-diri seorang usahawan yang sebenar, dalaman dan luaran. Jangan jadikan pendapatan yang tinggi sebagai ukuran utama dan terakhir, kerana itu hanya ukuran material, bukan ukuran yang hakiki. Pendek kata, kombinasikan aspek keuntungan dari segi luaran dan dalaman peribadi kita, insyaAllah kita akan menjadi seorang usahawan yang berjaya dan yang penting, diredhai Allah. ;)

Wallahu ‘alam.

PS. Kepada yang baru bermula atau baru nak mula buat ebisnes, sediakan pelan perniagaan yang jelas, faham erti perniagaan internet yang sebenar, belajar dan mulakan dengan bersungguh-sungguh dan kekalkannya! Saya amat yakin, jika anda betul-betul membuat persediaan rapi, anda boleh bersaing dan memintas mereka yang telah berjaya!! ;)

Tips berjaya di dalam perniagaan.

asalamualaikum..
hari ini saya ingin berkongsikan tips-tips untuk berjaya di dalam perniagaan..

Kongsi sedikit tentang 5 Langkah untuk berjaya dalam perniagaan.

1. Berani memulakan langkah.
Ya. memang betul. kebanyakan insan yang bernyawa yang kita jumpa, selalu berkata, "Aku ingin berjaya. Aku ingin memandu pulang Ferrari F1, membawa ibuku ke pasar" dan sebagainya.. tapi. dimakah silapnya? hingga insan tersebut masih belum tercapai cita-citanya.

2. Berani keluarkan modal.
Semua tahu. perniagaan adalah satu kerjaya yang mampu memberikan kemewahan, kekayaan harta yang berganda. tapi. ramai manakah yang berjaya dalam bidang perniagaan?sejauh manakah perniagaan mampu membawa anda? percayalah. ianya mampu membawa anda terbang ke langit! kerana apa mereka tidak berjaya? mungkin kerana takut untuk mengeluarkan modal. "abang, nak tikam nombor pun kena keluar duit. mana ada bisnes free"

3.Berani rugi.
Sesetengah golongan, mereka sangat takut akan kerugian. mereka fikir, ini adalah cilaka untuk diri mereka. Tidak! bagi aku. kerugian ini adalah bagus di awal permulaan. kerana, dari kerugian, kita boleh berfikir secara labih matang, dan lebih berhati-hati terhadap apa yang dilakukan. Belajar dari kesilapan jauh lebih baik dari mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. ini beerti, kerugian tersebut mampu mengajar kita untuk berfikir lebih positif dan berjaya.

4. Berani rajin.
Ya. tak ada orang yang malas akan mendapat hasil. Pernah menjadi isu, "ada orang kata. Perniagaan MLM (Multilevel marketing) tu goyang kaki je pun boleh duit. tak perlu guna tenaga pun macam petani yang membanting sawah, kerani kerajaan yang bekerja 10jam sehari dll tanpa menggunakan tenaga, panca indera, tangan kaki yang dikurniakan Tuhan." beb. sapa kata mereka goyang kaki boleh duit?

"dalam menggunakan perkhidmatan internet juga sebenarnya kita menggunakan segala anugerah yang Allah berikan. dari pancaindera mata, sehinggalah ke akal fikiran digunakan untuk melaris dan mempromosikan apa yang diniagakan. salahkah kita jika menggunakan kemudahan dan teknologi yang ada untuk melakukan kerja. memang beban dan zahirnya tak nampak dimata seperti pekerja kontraktor dan petani yang membanting tulang 4 kerat di bendang. tapi usaha dan pancaindera tetap digunakan. jangan sempitkan kefahaman tentang islam dan akihrnya umat kita ketinggalan. terima kasih."

5. Berani mengikut langkah orang yang berjaya.
Ya. Pernah dengar ayat ni, "dont be your self. copycat orang yang berjaya, dan lakukan lebih baik dari beliau". Hidup ini, sedar tak sedar selalunya terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Jika anda berada di dalam 5 orang berkumpulan. Jika 4 orang itu adalah penagih dadah, 99.9% anda juga mungkin terjebak dengan mereka. Tetapi, Jika 4 orang tersebut adalah orang yang berjaya, 99.9% juga anda mungkin akan berjaya. Kerana, selebihnya terletak pada diri sendiri.

Buka minda, positif kan diri, cuba sesuatu untuk menjayakan diri.

Lima Tip Psikologi Untuk Kejayaan Bisnes Anda

Berpandukan kepada Prinsip 'Law of Attraction' apa yang anda selalu fikirkan di minda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda. Jadi jika anda selalu memikirkan tentang kekayaan, maka anda akan menjadi kaya, jika anda asyik memikirkan tentang kesusahan hidup maka hidup anda akan bertambah susah. Jika anda jadikan minda anda sihat, maka tubuh anda juga akan sihat. Jadi dengan melihat kepada beberapa contoh diatas, berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam bisnes anda.
..
#1. Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar anda, kerana minda separa sedar anda selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif. Tak percaya? lihat contoh ini..anda kata "aku mahu isteri yang cantik" tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda "aku tak hensem, mana layak..". Jika minda anda sentiasa negatif, anda akan menarik perkara-perkara negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya. Contohnya "aku selalu gagal dalam bisnes internet" gunakan affirmations seperti berikut "aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan"
..
#2. Untuk mengubah cara berfikir anda, ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari. Setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri perkataan ini "aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan" ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari, perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.
..
#3. Anda mempunyai banyak pilihan di dalam hidup anda, semuanya bergantung kepada anda. Jika anda mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda, jika anda mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu (elakkan sama sekali)
..
#4. Nikmati setiap minit dalam hidup anda. Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong, tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda "aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri. Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati."
..
#5. Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya. Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya. Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan menghormati orang lain, anda akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan yang baik.

Motivasi Diri

17 Fail Kemewahan dari Rahsia Pemikiran Jutawan

17 Fail Kemewahan dari Rahsia Pemikiran Jutawan
oleh Zamri Nanyan

"Secrets of the Millionaire Minds" tulisan T. Harv Eker merupakan sebuah buku hebat untuk menerangkan betapa pentingnya anda berfikir sebagai jutawan untuk menarik kemewahan ke dalam hidup anda.

Di dalam buku ini, terdapat 2 bahagian penting.

Bahagian 1 - Cetakbiru Wang Anda (Your Money Blueprint)

Bahagian 2 - Fail Kemewahan (The Wealth Files)

Selepas habis membaca buku ini, saya rasa adalah baik untuk saya kongsikan ilmu yang terdapat di dalam buku ini bersama anda.

Sekiranya apa yang saya sampaikan melalui artikel ini dapat mengubah nasib anda kepada yang lebih baik di kemudian hari, saya hendak anda tahu bahawa sumbernya datang daripada buku "Secrets of the Millionaire Minds".

Saya akan huraikan serba ringkas 17 fail kemewahan yang dibincangkan di dalam Bahagian 2 buku ini. Perlu saya ingatkan di sini bahawa "orang kaya" dan "orang miskin" yang dirujuk di dalam artikel ini bermaksud "orang berfikiran kaya" dan "orang berfikiran miskin".

Untuk itu, adalah mudah untuk anda menentukan siapakah anda yang dimaksudkan di dalam artikel ini dengan menukarkan "pemikiran" anda.

Katakan pada diri anda dan fikirkan bahawa anda adalah "orang berfikiran kaya".

Mari kita lihat keseluruhan sinopsis Bahagian 2 buku "Secrets of the Millionaire Minds" daripada T. Harv Eker.

Wealth File #1: Rich people believe "I create my life." Poor people believe "Life happens to me."

Maksudnya, orang kaya percaya "Saya cipta kehidupan saya sendiri" manakala orang miskin pula percaya "Saya hidup seperti yang apa yang telah dan sedang berlaku."

Di dalam contoh ini, orang kaya fikir bahawa mereka mempunyai kawalan untuk menentukan bagaimana arah tuju kehidupan mereka. Mereka akan berusaha untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

Sebaliknya, orang miskin akan membiarkan apa yang terjadi di dalam hidup mereka sebagai ketentuan. Mereka tidak akan berusaha untuk mencapat matlamat yang diidamkan. Sekiranya ada masalah, mereka akan menyalahkan orang lain, memberi alasan kepada masalah yang timbul dan akhirnya komplen tentang apa sahaja yang berlaku di sekeliling.

Wealth File #2: Rich people play the money game to win. Poor people play the money game not to lose.

Maksudnya, orang kaya akan sentiasa memastikan mereka akan untung di dalam setiap perkara yang berkaitan wang, manakala orang miskin akan memastikan mereka tidak rugi di dalam perkara ini.

Terdapat perbezaan di mana anda mendapat untung dan anda tidak rugi. Sebagai contoh, sekiranya anda melabur di dalam bursa saham, apakah yang anda ingin perolehi?

Jika anda ingin menjana keuntungan, mesti anda akan pastikan setiap pembelian saham dilakukan dengan teliti dan pembelian dilakukan dengan baik, supaya anda tahu yang anda akan untung nanti.

Jika anda tidak untung banyak, untung sedikit pun masih lagi positif di dalam akaun anda. Sebaliknya, jika anda cuma melabur untuk tidak rugi, apa akan jadi jika perkara sebaliknya berlaku? Rugi, bukan? Dan bukannya untung sedikit.

Matlamat anda perlu menjurus kepada kejayaan, bak kata orang putih "Shoot for the moon. Even if you don't reach it, you'll land among the stars".

Fikirkan kemenangan di dalam bidang yang anda usahakan.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/admin untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link "PerniagaanInternet.ws" kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...