1
Uinvest.com.ua – invest your money to the shares of real businesses
Motivasi Perniagaan

Perniagaan, Kewangan Serta Motivasi

Wednesday, July 27, 2011

Menjadi Usahawan Berjaya dan DiRedhai

Menjadi Usahawan Berjaya dan DiRedhai

Jika anda perasan, saya amat jarang membuat post atau tulisan di blog ini dalam beberapa waktu yang terdekat ini. Ya, begitu sibuk. Sibuk buat duit. ;)

Sebelum itu, saya mengucapkan terima kasih kepada ‘peminat’ setia blog ini dan meletakkan smartusaha sebagai salah satu sumber rujukan yang dipercayai. Bahkan, ada juga yang menganggap saya telah berjaya. Oh, mungkin belum berjaya, sentiasa dalam perjalanan. Sebab prinsip saya, kejayaan itu adalah satu perjalanan. ;) Kalau kita kata kita dah berjaya, biasanya kita akan stop dan sudah kurang usaha untuk meningkatkan kejayaan kita. Harapnya tidak begitulah. Sentiasalah berusaha untuk mencapai lebih lagi kejayaan dan perbaiki kekurangan yang ada.

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, biasanya ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Saya melihat, begitu banyak perniagaan di internet hidup segan mati tak mahu. Mereka tidak ada masalah dari segi membangunkan laman web, tetapi dari segi pemasaran, mereka masih lagi tercakup dan terikat dengan satu dua kaedah sahaja. Ini merupakan satu kesalahan atau satu cara yang membahayakan. Pelbagaikan kaedah pemasaran untuk menjadikan anda berjaya dan diketahui ramai. Fahami dan amalkan konsep niche yang sering dilaung-laungkan oleh internet marketer. Kalau dah ada orang buka kedai buku online, kita pun nak buka. Macam-macam buku pulak tu. Boleh, tetapi agak sedikit sukar untuk bersaing, lebih-lebih jika anda masuk ke pasaran antarabangsa. Di sana, beribu bahkan berjuta orang menjual buku secara online. Jadi bagaimana untuk anda bersaing? Tak lain tak bukan, anda perlu ada perbezaaan. Inilah saja cara pertama jika anda ingin menjadi seorang usahawan internet yang berjaya. Lainlah jika anda sudah membina kredibiliti dan nama di persada internet. Sekurangnya, anda tiada masalah untuk menjual apa-apa sebab anda sudah terkenal.

Itu niche, bagaimana pula dengan ciri yang lain? Ya, sabar adalah salah satunya. Ingat, bisnes internet bukan mula hari ini esok terus kaya. Tapi tidak mustahil, jika mula hari ini, malam ini atau keesokan hari, anda akan mendapat jualan.

Pendapatan Puluhan Ribu atau Juta?

Inilah bahagian yang suka untuk saya sentuh. Rata-rata kebanyakan kita menjadikan pendapatan yang tinggi sebagai satu ukuran dan titik tolak untuk menentukan seseorang usahawan itu berjaya atau tidak. Tapi saya sebaliknya. Saya meletakkan ciri dalaman seseorang usahawan itu sebagai aspek pertama. Bagi saya, seorang usahawan internet itu tidak diletakkan sebagai seorang yang berjaya sepenuhnya jika ciri dalaman dia ego, sombong, kedekut ilmu, menggunakan cara yang salah, penting diri sendiri, materialistik dan lain-lain sifat madzmumah atau tercela. Setuju? ;)

Ya, anda buatlah jualan berjuta sekalipun, tetapi ia tidak bermakna jika anda tidak mempunyai aspek dalaman yang terpuji di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Saya bukanlah seorang ustaz untuk bercakap mengenai hal ini atau bukanlah orang yang layak bahkan tidak sesekali untuk menentukan sifat dalaman atau peribadi orang lain. Hanya pesanan dan pendapat semata-mata.

Berapa lama dah awak buat bisnes internet?

Ini satu lagi soalan cepu emas dan sentiasa berlegar di pemikiran manusia tidak kira di Malaysia atau luar negara. Bagi saya, tempoh bukan faktor utama untuk menentukan seseorang itu berjaya atau tidak. Yang utama adalah, dia memiliki kefahaman yang jelas mengenai perniagaan internet, melakukan dengan betul, mengikut syari’at, mempunyai peribadi usahawan yang ‘sejati’ dan tidak melangkaui batasan undang-undang. Bagi saya, jika dia telah memiliki ciri-ciri tersebut, mereka adalah golongan usahawan yang berjaya. Jualan dan keuntungan hanyalah sebahagian penentu kejayaan dalam keusahawanan, bukan keseluruhan.

Sudah tiba masanya kita membuang belenggu ukuran yang lama ini. Ukuran dari aspek keuntungan semata-mata, tetapi membelakang atau melupakan aspek dalaman dan lain-lain yang tidak kurang pentingnya.

Saya nak tengok statement income awak

Ini satu lagi ‘penyakit’ yang sering melanda pemikiran kita. Bagi saya, cukuplah menunjukkan yang kita betul-betul buat bisnes dan mempunyai ciri-ciri yang saya nyatakan di atas. Saya dari segi peribadi, tidak sesekali akan menunjukkan penyata pendapatan saya kepada umum. Alasan saya, “ini pendapatan saya. Kalau saya tunjuk pun, tak ada guna bagi awak. Awak nak hasil, usaha lah.”. ;) Ya, saya hanya pernah sekali menunjukkan income saya di wangcyber.com berjumlah RM400 untuk satu transaksi. Berapa income saya setiap bulan? Tak guna saya beritahu, sebab ia tak berguna pun untuk anda. Untuk apa ditunjukkan? Hanya sekadar untuk memuaskan hati dan nak membuktikan yang kita betul-betul buat bisnes? Bagi saya, ia soal kedua. Sekali lagi, tak guna melihat statement orang lain yang berjela-jela jika ANDA TIDAK ADA USAHA!

Usahawan internet yang berjaya adalah, mereka yang mempunyai jati-diri seorang usahawan yang sebenar, dalaman dan luaran. Jangan jadikan pendapatan yang tinggi sebagai ukuran utama dan terakhir, kerana itu hanya ukuran material, bukan ukuran yang hakiki. Pendek kata, kombinasikan aspek keuntungan dari segi luaran dan dalaman peribadi kita, insyaAllah kita akan menjadi seorang usahawan yang berjaya dan yang penting, diredhai Allah. ;)

Wallahu ‘alam.

PS. Kepada yang baru bermula atau baru nak mula buat ebisnes, sediakan pelan perniagaan yang jelas, faham erti perniagaan internet yang sebenar, belajar dan mulakan dengan bersungguh-sungguh dan kekalkannya! Saya amat yakin, jika anda betul-betul membuat persediaan rapi, anda boleh bersaing dan memintas mereka yang telah berjaya!! ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...