1
Uinvest.com.ua – invest your money to the shares of real businesses
Motivasi Perniagaan

Perniagaan, Kewangan Serta Motivasi

Saturday, October 8, 2011

(Motivasi) Apa Yang Saya Impikan

Bismillahirrahmanirrahim.....
Artikel ini adalah coretan bab dari tajuk Bagaimana Hendak Mengubah Hidup. Semak artikel lepas sebagai rujukan:
  1. Pengenalan
  2. Kenapa Perlu Berubah
  3. Mendalami Rasa

Apa Yang Saya Impikan?

Setiap orang mempunyai impian, setiap orang ada cita-cita tersendiri. Tapi sehingga kini tak ramai yang berjaya merealisasikan impian masing-masing. Jika ditanya mengapa impian itu tidak berjaya dicapai, 1001 sebab boleh dijadikan alasan. Usah peduli itu semua, jom kita kembali memasang impian baru!
Buat apa impian baru kalau impian lama pun masih tak sampai ke mana? Wah..jangan la marah, macam ni..maksud impian baru tidak semestinya impian lain. Ia boleh jadi impian yang sama saja, cuma perbaharuinya menjadi lebih teliti dan lebih sempurna.
704dream
Ok, ambil sebuah buku dan pen! Kertas kotor atau kertas kosong yang biasa tak aci. Ambil sebuah buku yang kulit depannya anda tulis ‘Buku Impian Saya. Tulis besar-besar kat dalam buku tu:
Impian pertama saya ialah untuk merealisasikan Impian sebenar saya!
Ehem..anda perasan tak bahawa merealiasikan impian itu sebenarnya sebuah impian juga. Tapi tak ramai yang ambil tahu perkara ini. Sebab tu ramai yang biarkan impian mereka berlalu begitu saja. Impian sebenar pula ialah impian yang sebenar-benarnya yang kita inginkan. Ia bukan mimpi atau fantasi, tetapi ia adalah realiti yang tidak mustahil untuk dicapai.
Sebagai contoh, saya tulis… “Impian aku ialah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Memiliki sebuah bangunan besar dan sekurang-kurangnya 5 bagunan kecil. Aku mahu berjaya dalam perniagaan internet, perniagaan produk tradisonal dan restoran. Dengan kejayaan ini aku dapat membantu ramai graduan-graduan menganggur, dapat tolong orang-orang susah dan berbakti kepada masyarakat. Wah! Murninya impian aku! Muahahahahaha…haha… Ehem, aku merangcang untuk berjaya mencapai semua impian ini 11 tahun dari sekarang iaitu pada tahun 2020! Tak la aku ketinggalan sangat time tu..huhuhu..hebatnya aku!”
Anda boleh tulis mengikut bahasa yang anda suka, sebab itu memang buku impian anda! Tak ada orang lain yang akan baca dan yang lebih memahami melainkan anda sendiri. Tulislah bahasa urdu sekali pun tak ada orang peduli. Yang pasti anda perlu menulis impian anda sejelas-jelasnya!
Mahu menjadi usahawan berjaya, tidak boleh menulis hanya ‘mahu menjadi usahawan berjaya’, tapi anda kena tulis ‘Aku mahu berjaya dalam perniagaan internet, perniagaan produk tradisonal dan restoran.Nyatakan dengan jelas, terang lagi bersuluh! Kenapa? Kerana dengan kenyataan itu anda tahu ke mana hala tuju anda. Setelah menyatakan ingin berjaya dalam perniagaan internet, menjual produk tradisional dan restoran. Anda boleh mula merangka rancangan untuk merealisasikan semua perkara itu.
Tidak lupa juga jangka hayat impian tersebut. Kita tidak boleh main suka-suka letak impian tanpa tetapkan tarikh untuk mencapainya. Jika itulah yang kita buat, alamatnya kita tak akan bertindak langsung untuk mencapai impian tersebut. Oleh itu tetapkan masa yang logik!
Menulis impian juga memerlukan kemahiran sebenarnya. Namun anda tak perlu khuatir, ia tidaklah sesusah mana.  Yang perlu anda tahu ialah menjawab beberapa soalan dalam penulisan impian anda. Soalan-soalan yang perlu anda jawab ialah:
  1. Apa impian anda?
  2. Bila akan direalisasikan?
  3. Bagaimana mencapainya?
  4. Di mana bermula dan berjaya?
  5. Kenapa perlunya impian ini?
  6. Siapa yang akan terlibat?
Jawap persoalan di atas. Ia boleh membantu anda menjelaskan dengan teliti impian hati anda. Anda mungkin akan tertanya kepada diri sendiri tentang beberapa perkara yang belum pernah anda fikirkan sebelum ini. Contohnya, ‘Kenapa perlunya impian ini?’ Kenapa ya? Anda memasang impian, tetapi tidak tahu kenapa anda perlu mengejar impian tersebut. Itu suatu perkara yang sangat menyedihkan! Ia lebih menyedihkan berbanding menonton filem Hindustan tahun 90-an lalu. Oh sedihnya…
Bayangkan…kita memasang impian, tapi tak tahu pun impian itu untuk apa. Ia seolah-olah kita memberitahu kepada diri sendiri bahawa, kalau berjaya..berjaya la..kalau tak, siapa peduli! Oh tidak, inikah sikap kita untuk berjaya? Inikah sikap kita untuk berubah? Mana boleh beb! Tak syok la cam tu! Kata nak berubah!
Di sebabkan itulah anda perlu menjawab ketujuh-tujuh persoalan di atas. Biar impian anda jelas, terang lagi bersuluh. Lepas tu pergi la suluh kat mana-mana bahagian yang masih gelap dan cuba terangkan. Maksudnya perjelaskan semua perkara yang anda impikan dan cuba memperincikannya.
Ingat artikel sebelum ini, kita akan menarik perkara yang kita tidak mahu lebih kuat berbanding dengan berkara yang kita mahu kerana selalu memikirkan perkara itu. Namun semua itu boleh diubah dengan memperincikan impian atau apa yang kita mahu dengan menulisnya jelas di atas kertas. Merangka pelan tindakan, memulakan langkah dan bertindak. Tidak cukup dengan berfikir sahaja, ia mesti dituruti dengan tindakan yang efektif! Nak berubah?
Bina buku impian anda sekarang!
Wallahualam.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...