1
Uinvest.com.ua – invest your money to the shares of real businesses
Motivasi Perniagaan

Perniagaan, Kewangan Serta Motivasi

Saturday, October 1, 2011

Bercakap dengan diri sendiri untuk mendapat idea perniagaan terbaik

Satu teknik untuk mendapatkan idea perniagaan adalah dengan banyak berdialog dengan diri sendiri… dan orang lain!

chat-symbols.png

Berdailog dengan diri sendiri: Ertinya, bercakap dengan diri sendiri. Berdialog dalam kepala anda. Apabila ternampak sesuatu perniagaan di keliling ada, bercakap dan tanyakan pada diri sendiri soalan-soalan peting berikut:

  • Apakah kekuatan perniagaan tersebut? Bolehkah saya mulakannya? Apakah kehebatannya jika saya mulakan perniagaan ini? Apakah bezanya perniagaan ini dengan perniagaan yang lain?
  • Apakah kelemahan perniagaan tersebut? Sekiranya saya mulakan perniagaan ini, apakah pembaikan yang perlu saya lakukan? Bagaimana saya boleh perbaiki kelemahan tersebut supaya boleh menjadi kekuatan?
  • Apakah peluang-peluang yang ada dalam perniagaan tersebut? Sekiranya saya mulakan perniagaan ini, adakah masih mempunyai peluang setelah dibaiki kelemahan? Bagaimana untuk mendapat peluang yang lebih dalam perniagaan ini- lokasi? pasaran berbeza? harga?
  • Apakah halangan dalam perniagaan tersebut? Sekiranya saya ingin mulakan perniagaan ini, apakaha halangannya? mungkin dari segi modal, dari segi pesaingan, dari segi lokasi, dan sebagainya.

Senaraikan segala jawapan yang anda dapat ketika berdialog dengan diri sendiri, dan ini adalah analisis awal idea perniagaan anda!

Berdailog dengan orang lain: Selepas menjalankan brainstorming di atas, kini anda bersedia untuk melakukan perbincangan atau mendapat input orang lain. Berkongsi idea dengan orang lain adalah penting oleh kerana anda akan mendapat input dari pelbagai pihak- sama ada positif ataupun negatif. Setidaknya, anda akan dapat tahu sama ada idea yang anda fikirkan adalah bagus, ataupun anda hanya syok sendiri! ;)

Apa pun, nasihat akhir adalah untuk percaya pada diri anda sendiri. Sering terjadi, di mana orang lain tidak suka dan tidak setuju dengan idea perniagaan anda- tetapi, apabila dilakukan perniagaan tersebut mendapat sambutan yang amat hebat! Perniagaan BodyShop, Apple Computers, FedEx dan banyak lagi bermula dengan pelbagai input negatif orang lain… tetapi terbukti menjdi perniagaan yang berjaya sehingga hari ini. Tepuk dada, tanya selera! ;)

1 comment:

  1. Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...