1
Uinvest.com.ua – invest your money to the shares of real businesses
Motivasi Perniagaan

Perniagaan, Kewangan Serta Motivasi

Friday, September 16, 2011

Ayat Semangat ” CIRI-CIRI ORANG BERJAYA”

Kita semua sering mendengar sahabat kita menceritakan tentang kejayaaan saudara atau rakan-rakan mereka yang berjaya. Kebanyakan kejayaan mereka diukur dari harta benda dan kemewahan yang mereka miliki. Ini kerana pada pandangan mereka mengatakan sekiranya seseorang mampu memiliki kereta besar, rumah besar dikategorikan sebagai orang yang berjaya. Tetapi ada sesetengah orang pula mengatakan anak yang soleh,anak yang membesar dalam ilmu yang cukup, bini yang taat juga dikategorikan sebagai orang yang berjaya. Walau apa pun pandangan itu, mereka tetap dikategorikan sebagai orang yang berjaya.

Tetapi bagaimana pula untuk berjaya? Pernahkah anda terfikir bagaimana mereka boleh berjaya? Ada yang berjaya walaupun tidak pernah menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan dan ada pula yang berjaya dengan menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat dan Tuhan. Ini adalah semua kuasa Tuhan kerana iaNya penentu segalanya bagi rezeki kita selama ini.

Antara Ciri Orang Yang Berjaya:

1. Mempunyai Matlamat Hidup / Cita-Cita – Seperti mahu membeli rumah, mahu bebas hutang,mahu anak-anak berjaya, mahu menjadi kaya sebelum umur 35 tahun.

2. Mempunyai Disiplin – Disiplin ini bermaksud seperti ketepatan waktu, tegas, mampu membuat keputusan. Orang yang berjaya mempunyai jam biologi 4-5 jam sahaja waktu tidur. Ini kerana waktu tidur yang lama sehingga ke tengahari akan melembapkan Otak dan menutup pintu rezeki.

3. Mempunyai idea- Idea bermaksud akal fikiran atau logikal dalam membuat keputusan. Tidak semata-mata mengharapkan idea dari orang lain untuk melakukan kerja.

4.Mempunyai Jati Diri- Jati diri ialah sejauh mana ketahanan untuk hidup untuk mengharungi liku-liku kehidupan. Lihat sahaja Lim Goh Tong,Boon Siew, Syed Mokhtar, Rober Kuok,Daim Zainuddin dan usahawan yang lain. Mereka semua tidak pernah patah semangat untuk berjaya walaupun banyak kekurangan.

5.Belajar untuk memberi semula-Kejayaan kita juga diukur dari segi keberkatan rezeki yang kita dapat, sejauh mana anda mampu untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan anda. Ini kerana di dalam Islam menyuruh kita berZakat kerana ianya dapat menyucikan harta kita. Kita harus percaya bahawa rezeki datang dariNya dan bukan dari manusia.

6. Bijak mengambil peluang- Peluang dari segi pasaran saham,pasaran rumah,perniagaan.

7. Orang yang berjaya sentiasa mencari jalan memperbaiki diri.Peter Drucker, professor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: “Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat”. Dengan sikap seperti ini, tiap-tiap orang boleh berjaya malah dapat pula membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara membina.Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Orang yang positif bertanggungjawab kepada dirinya sendiri – berdikari.

8.Hormat Menghormati- Seorang anak harus menghormati ibubapanya tidak atau mertuanya. Kerana keberkatan rezeki tidak akan dapat walau sekuat mana pun kita berusaha. Rezeki yang diterima mungkin melimpah ruah,tetapi mungkin sekejap sahaja. Ini lah faktor dimana saya melihat banyak rakan-rakan saya tidak berjaya sehingga hari ini. Doa ibubapa merupakan doa yang tiada halangan kerana ianya dinaikkan terus ke Allah.

9. Tawakkal – Berserah kepada Tuhan dalam menemu kejayaan. Ini adalah kemestian yang perlu ada di dalam umat Islam untuk mencari kejayaan. Segala yang dilakukan perlu mempunyai tawakkal kerana kita telah melakukan yang terbaik dan hanya kepadaNya kita mengharapkan keberkatan rezeki itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...