1
Uinvest.com.ua – invest your money to the shares of real businesses
Motivasi Perniagaan

Perniagaan, Kewangan Serta Motivasi

Friday, September 16, 2011

AKUI KESILAPAN KITA

Salam pembaca blog Pemikir Kaya!

Seringkali kita dapat lihat pertelingkahan berpunca daripada keegoan yang terdapat dalam diri kita masing-masing.

Kita jarang sekali hendak menerima atau mengakui kesilapan kita sebaliknya kita sering menunding jari dan menyalahkan pihak lain jika sekiranya berlaku sesuatu masalah.

Bertegang leher untuk membuktikan siapa salah dan siapa yang betul sebenarnya tidak membawa sebarang keuntungan..(Hmm…kecualilah kita sedang berpidato atau orang politik!)

Ia sebenarnya lebih banyak membuang masa kita yang sepatutnya melakukan sesuatu perkara yang lebih efektif..

Hmm..tambahan lagi jika kita terlibat dalam perniagaan, jika servis atau produk yang kita berikan kurang memuaskan dan tidak dapat memenuhi kehendak hati pelanggan, seharusnya kita dapat terimanya dan cuba berikan yang terbaik…biarpun kadangkala pelanggan kita yang buat salah!

Ingat apabila kita bisnes, jalinkan hubungan sebaik mungkin…

Kita bukan nak dapatkan keuntungan daripada pelanggan sekali sahaja tetapi kita harapkan dapat keuntungan atau hasil berulang daripada para pelanggan kita yang sama..

Sebab itu ada pepatah perniagaan menyatakan, ‘Customer is King!’ atau ‘Customer always right!’..

Jika ada kesilapan di pihak pelanggan, kita harus terimanya dan akui kesilapan kita terdahulu kerana tidak menjelaskan secara terperinci…(Hmm..walau pun dah jelaskan secara terperinci)

Kemudian beritahu dan didik pelanggan kita agar mereka sedia maklum pada masa akan datang apabila berurusniaga dengan kita kelak…

Kadangkala ‘expectation’ pelanggan melebihi daripada apa yang kita dapat berikan.. cuba penuhi keperluan dan kemahuan mereka, layan mereka sebaik mungkin.
Ianya suatu yang lebih baik dan para pelanggan akan menghargai kita..

Menariknya jika mereka berpuashati, mereka juga akan promosikan bisnes kita pada orang lain ..

Bukankah ianya satu Testimonial yang kukuh..

Orang lebih percaya, daripada mulut orang lain daripada mulut kita sendiri yang menjual sesuatu perkhidmatan atau barangan.

Saya nak kongsi satu pengalaman di sini.

Semalam atau kelmarin :) , saya ada memesan ‘R.O Water Dispenser’ baru untuk kegunaan office saya, malangnya saya tidak baca dengan terperinci apa yang ditawarkan oleh pembekal tersebut kerana terlalu sibuk dengan projek yang sedang saya kendalikan..

Memandangkan saya telah berurusniaga dan menjadi pelanggannya lebih daripada 5 tahun lamanya, jadi saya beranggapan mereka tahu apa yang saya ingini…

Malangnya, apa yang dibekalkan tidak memenuhi speksifikasi sebagaimana yang saya inginkan, lalu saya menghubunginya dan minta ianya ditukarkan…

Tanpa banyak soal, beliau sanggup tukarkan semata-mata ingin memenuhi kehendak pelanggan biarpun apa yang saya kehendaki tersebut kosnya lebih tinggi!

Lihat betapa kepercayaan dan tolak ansur dalam urusniaga membawa suatu hubungan harmoni dan keuntungan kedua-dua belah pihak.

Cuba bayangkan jika mereka tidak memenuhi kehendak saya dan berkeras mengatakan yang kesilapan itu berpunca daripada saya dan mereka tidak bertanggungjawab, adakah tuan puan fikir pada masa akan datang saya akan berurusniaga dengan mereka lagi?

Sudah tentulah tidak!

Pelanggan lebih suka berurusniaga dengan usahawan yang bertimbang rasa dan bertolak ansur, mereka akan senang untuk berurusan dengan kita dan mereka lebih percaya pada khidmat sokongan dan bantuan yang dapat diberikan.

Jadi jika berlaku sebarang perbalahan dan pertelingkahan, terima dan akui kesilapan tersebut datangnya dari kita terlebih dahulu, dan kemudian nyatakan penyelesaiannya kerana itu yang lebih penting!

Salam kekayaan,Chik

THINKERICH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...