1
Uinvest.com.ua – invest your money to the shares of real businesses
Motivasi Perniagaan

Perniagaan, Kewangan Serta Motivasi

Friday, September 16, 2011

sejarah kita sama saja-lahir tanpa pakaian,buku cek dan wang kertas

kawan kawan sekelian.sewaktu masih benih lagi,kita berjuang antara berjuta sperma.satu saja matlamat,bertemu dengan kejayaan untuk hidup.kita menang dalam persaingan,menjadi hebat dan membesar dalam kandungan ibu.cukup masa lalu lahir ke mukabumi ini.saya dan anda menangis,belajar senyum,ketawa dan membesar.kita kesekolah untuk menambah ilmu kehidupan,bersukan dan menggunakan wang.roda hidup terus berputar,kita masih berbuat perkara yang sama mencari wang dan belanja diri sendiri ,isteri,ibu dan bapa,kawan kawan dan jiran jiran.wang mengalir kepoket kita dan wang juga berpisah dari kita.kita berdoa dalam hidup supaya wang boleh memakmurkan kehidupan hari esok.begitulah agaknya saya dan anda .memerhati kedepan,semuanya ghairah untuk mendapat wang seberapa cepat yang mungkin.dunia dah semakin tua.kita juga sedang menuju kealam yang lain.disana juga perlu wang dan saham tapi ..ada nilai berbeza.singgah sebentar disini pun kita kalut dengan wang dan saham.disana lebih kekal.marilah sama sama kita kalut juga untuk wang dan saham disana.saya dok nampak begini.apakata kita kalut dua dalam satu.two in one.cari wang dunia dapat saham akhirat.nak tau lebih lanjut.mai join HPA

orang biasa dan orang luar biasa


jadi orang biasa yang luarbiasa,orang biasa yang kerja nya luarbiasa,tekunnya luarbiasa,sabarnya luarbiasa,gerakerjanya luarbiasa dan istiqamahnya luarbiasa.nampak seperti orang yang biasa biasa saja tapi kalau bekerja luarbiasa persembahannya.bagaimana ya nak jadi orang yang biasa tapi luarbiasa.senang saja jadilah diri anda sekarang.anda dah biasa dengan watak anda sekarang,dah biasa dengan pesonaliti anda sekarang.jadilah diri anda.kemudian tiru tirulah kejayaan orang yang luarbiasa dengan cara anda.mudah bukan..jomm cuba

PEDOMAN MELALUI JALAN INI



SEKIRANYA KITA REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH, MAKA KITA SEDANG BERPAUT PADA DAHAN YANG KUKUH,SEKIRANYA ADA KEIKHLASAN DI HATI
MAKA KITA BERADA DI JALAN PERJUANGAN,SEKIRANYA SEMUA TIADA,MAKA KITA UMPAMA PUING PUING HANYUT DITENGAH SAMUDERA YANG GELAP GELITA

DALAM KESEMPITAN ADA KESEMPATAN


ADA BERAS SEMUA KERJA DERAS
ADA PADI SEMUA KERJA JADI
ADA EMAS SEMUA KERJA KEMAS
ADA DUIT SEMUA ORANG SUDI

PERBILANGAN MELAYU LAMA
pangkal cerdik kuat bertanya
pangkal pandai rajin berguru
pangkal arif suka berunding
pangkal kaya hidup berhemat

kata puisi melayu lama
DALAM KESEMPITAN ADA KESEMPATAN,
betui ka kata kata ini.jom kita fikir fikirkan.
betui tu ,ayat tu sebenarnya
sangkaan baik,minda positif atau motivasi pertama untuk gerakkan kita mencipta peluang baru untuk keluar dari dunia bernama SEMPIT
MAKSUDNYA
KITA DAH BAGITAU KAT OTAK KITA
KITA SET KAN DALAM PEMIKIRAN KITA
dalam otak yang semakin sempit ini
diluar sana ada dunia tuhan yang maha luas
diluar sana ada rahmat tuhan yang meliputi alam ciptaannya
diluar sana ada HPA yang patut anda kenali
JADI APALAGI
JOM KENALI HPA

USAHAWAN SEJATI

USAHAWAN BUKANNYA MANUSIA LUARBIASA
CUMA USAHAWAN
LUAR BIASA KERJANYA
LUAR BIASA KETABAHANNYA
LUAR BIASA TINDAKANNYA
LUAR BIASA MINDANYA

bertemu usahawan itulah
rezeki kerana usahawan membawa
peluang kepada yang mahu mengubah diri sendiri

HIDUP JIWANYA BERSAMA USAHAWAN
FIKIR KEJAYAAN
FIKIR STRATEGI
FIKIR KELEMAHAN DIRI
BUKAN MENCARI KELEMAHAN ORANG LAIN

masa bagi usahawan
paling penting
menyusun,merancang dan mengatur
yang paling penting
usahawan tidak takut pada pesaing
kerana usahawan sering bersedia
tetapi pesaing yang takut usahawan
kerana mereka gimik semata-mata

ISTILAH GAGAL DAN PUTUS ASA
TIADA DALAM KAMUS USAHAWAN
DIBALIK GAGAL ADA KEJAYAAN
PUTUS ASA PULA PINTU KEKUFURAN

cita cita usahawan cukup tinggi
kekadang usahawan dikatakan bermimpi
gerak kerja usahawan penuh wawasan
pengalaman lampau jadi degree usahawan
mengalahkan mereka yang punya kelulusan
yang mampu merancang,tapi tiada pengalaman

KALAU TIDAK
USAHAWAN TIDAK BOLEH BERADA
DIPUNCAK JAYA
MEMILIKI YANG TIDAK DIMILIKI
USAHAWAN BUKANNYA MANUSIA LUARBIASA
USAHAWAN BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI

usahawan punya idola sendiri
yang patut dicontohi
bahkan sejarah kejayaan usahawan sendiri
akan ditulis orang suatu hari nanti
PALING PENTING
USAHAWAN MANUSIA YANG BERTAQWA
KERANA KEBAJIKANNYA
BANYAK IBADAH DAN ZIKIRNYA
KUAT PERJUANGANNYA
AMAT KASIH USAHAWAN PADA RASULNYA
AMAT CINTA USAHAWAN PADA TUHANNYA

dari buku pelan pemasaran hpa
oleh tuan hj.ismail

motivasi perniagaan..apa yang membeza anak melayu dan anak cina bermain ombak?

orang selalu bertanya berapa lamakah masa diambil untuk kita jadi orang berjaya.berapakah pula jarak dari titik mula berniaga sehingga menjadi titik orang berjaya.di usia berapakah saya mampu melihat diri saya duduk bersama orang yang berjaya.

akhir sekali kita menjadi orang yang lebih sibuk bertanya soalan itu dan ini tentang bagaimana untuk “short cut”menjadi orang berjaya.sedangkan ramai orang yang berjaya itu melalui perjalanan yang panjang dan membina jiwa yang kuat disepanjang perjalanan menuju kejayaan itu.inilah rahsia mengapa kita perlu melalui jalan yang agak panjang untuk menemui sebuah kejayaan.

kerana kejayaan itu besar maknanya, maka orang yang ingin menemui kejayaan mestilah besar jiwanya.kalau tidak dibina disepanjang perjalanan itu ,jiwa dan raganya samada oleh ilmu atau pengalaman ,percayalah kejayaan itu akan bersifat sementara dan tidak membawa kebahagiaan kepada pemiliknya.akhirnya apa yang ditemui lebih memeranakan dirinya.

terbaru kisah michael jackson tentu boleh menjadi pengajaran dan inspirasi positif kepada kita.kematian nya penuh tragis dan persoalan.apabila dibedah siasat dibuat selepas kematiannya ,lebih banyak pil pil dari makanan lain yang ditemui.sanggupkah kita hanya disuapkan dengan pil pil derita dan dadah dadah sengsara sengsara untuk mencipta sebuah kejayaan.

saya suka mengandai kisah kejayaan dalam perniagaan ini seperti ombak.perhatikan ombak dilautan.ombak pasti ada naik dan turun.itulah sifat ombak supaya ia mampu bergerak dan memukul pantai dengan pergerakan naik dan turun.kalau anda bayangkan air laut itu sekata sifatnya ia adalah air tenang.tentu tidak menarik untuk berehat dipantai tanpa ada suara ombak.kaku dan tidak indah.

seperti dunia perniagaan semasa berada pada ombak menaik semua orang akan terasa hebat dan tinggi tahap motivasinya.bisnes bagus adalah menunjukkan ombak menaik.tetapi bila bisnes menurun ramai orang pula akan menurun tahap motivasi nya.pada tahap ini ramai yang kecewa dengan dunia perniagaan.pada tahap ini bermakna ahli perniagaan mlm tidak ada penajaan baru.pada tahap ini bermakna jualan menurun.bersama menurunnya prestasi perniagaan lebih malang lagi tahap prestasi motivasi dan daya juang juga turun.

sedangkan sebenarnya, tidakkah mereka ketahui bahawa sifat ombak itu selepas menurun ia akan menaik kembali.jadi nasihat saya jangan berputus asa teruskan perjalanan supaya kita berada dalam ombak menaik yang seterusnya.kalau kita berhenti ketika mana ombak itu menurun ,percayalah kita pasti akan berjumpa sifat ombak kejayaan yang sama walau dimana pun kita berada.ada turun dan ada menaik.

apakah kita hanya ingin kepenatan bersama ombak diwaktu puncak tingginya dan berhenti berjuang ketika ombak menjadi rendah.sedarlah ombak akan melalui tinggi seterusnya untuk terus menuju kepantai kejayaan.

lihatlah mereka mereka yang berjaya hampir setiap masa melihat turun dan naik ombak kehidupan ini tanpa rasa jemu dan putus asa.dikisahkan seorang anak cina dari kecil melihat ibu dan ayahnya atau bapa saudaranya atau jiran jiran mereka membina perniagaan dalam ombak jatuh dan bangun tanpa berputus asa mencuba dan mencuba.lalu anak cina itu membesar dengan pegangan bahawa inilah perniagaan.kalau nak berjaya dalam perniagaan kena alami ombak jatuh dan naik kerana itulah makna perniagaan sebelum menjadi tauke segala perniagaan.

sedangkan ramai anak melayu mempunyai pegangan yang salah tentang perniagaan.perniagaan itu mesti berjaya dan beroleh kekayaan.sedangkan jalan untuk menuju kejayaan perniagaan itu tidak dipelajari kerana tidak ada contoh dari orang terdahulu samada ibu atau ayah atau jiran jiran.kita tidak mempunyai falsafah bahawa perniagaan itu ada ombak yang harus dilalui naik dan turunya sebelum sampai kepada destinasi kejayaan.kita hilang daya juang dimedan perniagaan.kita hilang istiqamah dalam memburu kejayaan.

ajarlah ilmu bermain ombak ini pada anak anak anda supaya mereka menjadi pedagang yang hebat.sekian
sumber http://hijarkahar.wordpress.com/

Nasihat Peribahasa - Untuk usahawan dan peniaga Melayu

Salam,

Saudara dan saudari, saya ingin memulakan coretan saya pada kali ini dengan satu rumusan pakar dan perunding perniagaan tentang mengusahakan perniagaan sendiri untuk kita kongsikan bersama. Kata mereka "Many of us hear the siren song of having own business, complete freedom, unlimited opportunity, dreams realized. But most don't succeed, why? What separate those who succeed from those who fail? 1) knowledge of business. 2) sufficient capital. 3) good experience and 4) unique idea at the right time"

Samaada anda baru ingin memulakan perniagaan atau telahpun mempunyainya, anda harus bermula di landasan yang betul. Banyak keputusan yang perlu dilakukan dan banyak peraturan serta prosedur yang perlu dipenuhi. Namun apa yang penting, anda wajib mempunyai satu rancangan perniagaan yang rapi. Tujuan saya di sini bukan untuk membincangkan bagaimana anda harus menguruskan perniagaan anda, tetapi ingin berkongsi penelitian nenek moyang kita melalui peribahasa yang boleh kita kaitkan dengan prinsipal dan formula perniagaan moden dalam arus globalisasi hari ini.

Jika anda ingin memulakan perniagaan dan hidup atas usaha sendiri bak kata pepatah sauk air mandikan diri, anda perlu menuruti langkah-langkah berikut:-
  • Langkah 1. Tujuan dan matlamat anda mesti jelas, bak kiasan nenek moyang kita ke mudik tentu hulunya ke hilir tentu muaranya. Kaitannya ialah jika anda ingin berniaga, ia wajib bermula dengan penyediaan satu rancangan perniagaan "business plan" yang akan menjadi "blueprint" atau rujukan kepada anda. Apabila anda sudah membuat persediaan, maka anda tidak akan gentar untuk berhadapan dengan cabaran, bak landasan yang kuat tidak takut pada penukul. Apa saja risiko atau rintangan yang anda hadapi dalam dunia perniagaan nanti, anda terus berusaha sehingga matlamat perniagaan anda tercapai laksana mudik menyongsong arus, hilir meyongsong pasang.
  • Langkah 2. Memastikan perniagaan anda mempunyai modal yang mencukupi. Anda perlu meneliti sumber modal bagi membiayai perniagaan anda, yang penting anda hendaklah ukur baju di badan sendiri, iaitu menilai kemampuan anda sendiri. Bak kata nenek moyang kita air dalam berenang, air dangkal bercebuk. Contohnya, apabila anda ingin membiayai modal pusingan, ikutlah kemampuan yang ada. Pendek kata, jika merancang untuk berbelanja, hendaklah dihalusi terlebih dahulu serta dilaksanakan dengan teliti bak kata pepatah sepuluh kali diukur, sekali dikerat.
  • Langkah 3. Anda perlu memahami kata-kata ini, kalau pandai meniti bueh, selamat badan ke seberang, maksudnya, anda perlu ada kemahiran atau pengalaman untuk menjalankan perniagaan anda, tanpa asas ini pastinya anda akan menghadapi kesukaran untuk bermula dan memasuki persaingan dalam pasaran. Namun begitu, Sekiranya anda kurang pengalaman, berkawanlah dengan mereka yang pandai serta bentuklah satu rangkaian dengan mereka yang berpengalaman melalui "smart partnership" takkan dahaga si penunggu telaga. Wajib kata, anda perlu melakukan berbagai usaha dan kaedah untuk berjaya umpama tak mara berdayung, bergalah. Patah galah bercemat.
  • Langkah 4. Kalau pandai menggulai, badarpun jadi tenggiri. Maksudnya, anda mesti ada ide atau kreatif dalam menjalankan perniagaan anda. Kalau ingin berjaya, kreativiti harus dipadukan dengan kerja yang efektif bak ungkap peribahasa kalau pandai mencincang akar, mati lalu kepuncaknya. sekiranya anda lalai mencipta peluang maka rugilah jawabnya umpama pergi ke telaga, lupa membawa timba, timba yang dicari dapat tapi tidak bertali.
Kesimpulannya, untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan, kita wajib sukakan perniagaan itu, bak kata pepatah suka hati di dada, ringan beban di bahu maksudnya, apabila kita sukakan sesuatu pekerjaan itu, kerja susah terasa senang. Apa yang penting kita teruskan berusaha supaya perniagaan kita berkembang maju mengikut kekuatan sendiri. Tak dapat berjalan tegak, beringsut-ingsut sampai juga atau ikut laksana sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat puncak junjung. Dalam kita memanjat tangga kejayaan, sebarang masalah yang dihadapi, selesaikan lah secara bijaksana tanpa menjatuhkan orang lain, umpama ular biar mati, tanah jangan lekuk, kayu jangan patah.

Setelah segala ikhtiar dan usaha telah kita laksanakan, kita berserah kepada Tuhan kerana sebagai hamba, manusia hanya mengikhtiarkan, Tuhan menentukan. Habis akal baru tawakkal.

Wassalam.

AKUI KESILAPAN KITA

Salam pembaca blog Pemikir Kaya!

Seringkali kita dapat lihat pertelingkahan berpunca daripada keegoan yang terdapat dalam diri kita masing-masing.

Kita jarang sekali hendak menerima atau mengakui kesilapan kita sebaliknya kita sering menunding jari dan menyalahkan pihak lain jika sekiranya berlaku sesuatu masalah.

Bertegang leher untuk membuktikan siapa salah dan siapa yang betul sebenarnya tidak membawa sebarang keuntungan..(Hmm…kecualilah kita sedang berpidato atau orang politik!)

Ia sebenarnya lebih banyak membuang masa kita yang sepatutnya melakukan sesuatu perkara yang lebih efektif..

Hmm..tambahan lagi jika kita terlibat dalam perniagaan, jika servis atau produk yang kita berikan kurang memuaskan dan tidak dapat memenuhi kehendak hati pelanggan, seharusnya kita dapat terimanya dan cuba berikan yang terbaik…biarpun kadangkala pelanggan kita yang buat salah!

Ingat apabila kita bisnes, jalinkan hubungan sebaik mungkin…

Kita bukan nak dapatkan keuntungan daripada pelanggan sekali sahaja tetapi kita harapkan dapat keuntungan atau hasil berulang daripada para pelanggan kita yang sama..

Sebab itu ada pepatah perniagaan menyatakan, ‘Customer is King!’ atau ‘Customer always right!’..

Jika ada kesilapan di pihak pelanggan, kita harus terimanya dan akui kesilapan kita terdahulu kerana tidak menjelaskan secara terperinci…(Hmm..walau pun dah jelaskan secara terperinci)

Kemudian beritahu dan didik pelanggan kita agar mereka sedia maklum pada masa akan datang apabila berurusniaga dengan kita kelak…

Kadangkala ‘expectation’ pelanggan melebihi daripada apa yang kita dapat berikan.. cuba penuhi keperluan dan kemahuan mereka, layan mereka sebaik mungkin.
Ianya suatu yang lebih baik dan para pelanggan akan menghargai kita..

Menariknya jika mereka berpuashati, mereka juga akan promosikan bisnes kita pada orang lain ..

Bukankah ianya satu Testimonial yang kukuh..

Orang lebih percaya, daripada mulut orang lain daripada mulut kita sendiri yang menjual sesuatu perkhidmatan atau barangan.

Saya nak kongsi satu pengalaman di sini.

Semalam atau kelmarin :) , saya ada memesan ‘R.O Water Dispenser’ baru untuk kegunaan office saya, malangnya saya tidak baca dengan terperinci apa yang ditawarkan oleh pembekal tersebut kerana terlalu sibuk dengan projek yang sedang saya kendalikan..

Memandangkan saya telah berurusniaga dan menjadi pelanggannya lebih daripada 5 tahun lamanya, jadi saya beranggapan mereka tahu apa yang saya ingini…

Malangnya, apa yang dibekalkan tidak memenuhi speksifikasi sebagaimana yang saya inginkan, lalu saya menghubunginya dan minta ianya ditukarkan…

Tanpa banyak soal, beliau sanggup tukarkan semata-mata ingin memenuhi kehendak pelanggan biarpun apa yang saya kehendaki tersebut kosnya lebih tinggi!

Lihat betapa kepercayaan dan tolak ansur dalam urusniaga membawa suatu hubungan harmoni dan keuntungan kedua-dua belah pihak.

Cuba bayangkan jika mereka tidak memenuhi kehendak saya dan berkeras mengatakan yang kesilapan itu berpunca daripada saya dan mereka tidak bertanggungjawab, adakah tuan puan fikir pada masa akan datang saya akan berurusniaga dengan mereka lagi?

Sudah tentulah tidak!

Pelanggan lebih suka berurusniaga dengan usahawan yang bertimbang rasa dan bertolak ansur, mereka akan senang untuk berurusan dengan kita dan mereka lebih percaya pada khidmat sokongan dan bantuan yang dapat diberikan.

Jadi jika berlaku sebarang perbalahan dan pertelingkahan, terima dan akui kesilapan tersebut datangnya dari kita terlebih dahulu, dan kemudian nyatakan penyelesaiannya kerana itu yang lebih penting!

Salam kekayaan,Chik

THINKERICH

ayat semangat how we treat our women..

a guy asked a muslim “why do your girls cover up

their body and hair?” the muslim guy smiled and

bring out 2 sweets,he opened the 1st and kept other

one closed.he thrown them both on the dusty floor

and asked the guy “if i asked you to take one of the

sweets which one you will choose?” the guy said the

covered one! then the muslim said thats how we treat

and see our women.

Ayat Semangat ” CIRI-CIRI ORANG BERJAYA”

Kita semua sering mendengar sahabat kita menceritakan tentang kejayaaan saudara atau rakan-rakan mereka yang berjaya. Kebanyakan kejayaan mereka diukur dari harta benda dan kemewahan yang mereka miliki. Ini kerana pada pandangan mereka mengatakan sekiranya seseorang mampu memiliki kereta besar, rumah besar dikategorikan sebagai orang yang berjaya. Tetapi ada sesetengah orang pula mengatakan anak yang soleh,anak yang membesar dalam ilmu yang cukup, bini yang taat juga dikategorikan sebagai orang yang berjaya. Walau apa pun pandangan itu, mereka tetap dikategorikan sebagai orang yang berjaya.

Tetapi bagaimana pula untuk berjaya? Pernahkah anda terfikir bagaimana mereka boleh berjaya? Ada yang berjaya walaupun tidak pernah menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan dan ada pula yang berjaya dengan menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat dan Tuhan. Ini adalah semua kuasa Tuhan kerana iaNya penentu segalanya bagi rezeki kita selama ini.

Antara Ciri Orang Yang Berjaya:

1. Mempunyai Matlamat Hidup / Cita-Cita – Seperti mahu membeli rumah, mahu bebas hutang,mahu anak-anak berjaya, mahu menjadi kaya sebelum umur 35 tahun.

2. Mempunyai Disiplin – Disiplin ini bermaksud seperti ketepatan waktu, tegas, mampu membuat keputusan. Orang yang berjaya mempunyai jam biologi 4-5 jam sahaja waktu tidur. Ini kerana waktu tidur yang lama sehingga ke tengahari akan melembapkan Otak dan menutup pintu rezeki.

3. Mempunyai idea- Idea bermaksud akal fikiran atau logikal dalam membuat keputusan. Tidak semata-mata mengharapkan idea dari orang lain untuk melakukan kerja.

4.Mempunyai Jati Diri- Jati diri ialah sejauh mana ketahanan untuk hidup untuk mengharungi liku-liku kehidupan. Lihat sahaja Lim Goh Tong,Boon Siew, Syed Mokhtar, Rober Kuok,Daim Zainuddin dan usahawan yang lain. Mereka semua tidak pernah patah semangat untuk berjaya walaupun banyak kekurangan.

5.Belajar untuk memberi semula-Kejayaan kita juga diukur dari segi keberkatan rezeki yang kita dapat, sejauh mana anda mampu untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan anda. Ini kerana di dalam Islam menyuruh kita berZakat kerana ianya dapat menyucikan harta kita. Kita harus percaya bahawa rezeki datang dariNya dan bukan dari manusia.

6. Bijak mengambil peluang- Peluang dari segi pasaran saham,pasaran rumah,perniagaan.

7. Orang yang berjaya sentiasa mencari jalan memperbaiki diri.Peter Drucker, professor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: “Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat”. Dengan sikap seperti ini, tiap-tiap orang boleh berjaya malah dapat pula membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara membina.Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Orang yang positif bertanggungjawab kepada dirinya sendiri – berdikari.

8.Hormat Menghormati- Seorang anak harus menghormati ibubapanya tidak atau mertuanya. Kerana keberkatan rezeki tidak akan dapat walau sekuat mana pun kita berusaha. Rezeki yang diterima mungkin melimpah ruah,tetapi mungkin sekejap sahaja. Ini lah faktor dimana saya melihat banyak rakan-rakan saya tidak berjaya sehingga hari ini. Doa ibubapa merupakan doa yang tiada halangan kerana ianya dinaikkan terus ke Allah.

9. Tawakkal – Berserah kepada Tuhan dalam menemu kejayaan. Ini adalah kemestian yang perlu ada di dalam umat Islam untuk mencari kejayaan. Segala yang dilakukan perlu mempunyai tawakkal kerana kita telah melakukan yang terbaik dan hanya kepadaNya kita mengharapkan keberkatan rezeki itu.

Ayat Semangat ” Konsep Rezeki”

Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa,

Rezeki datang dari Allah Yang Maha Pemurah.Allah lah punca segala rezeki.Tiada siapa yang boleh memberi rezeki kecuali Allah.Tiada siapa pula boleh mencapairezeki kecuali atas izin-Nya.Jika Allah telah mengizinkan seseorang mendapatrezeki,maka rezeki itu akan datang kepadanya walau cuba ditahan oleh seluruh penduduk alam semesta.Jika Allah tidak mengizinkan seseorang itu mendapatrezeki,maka tiadalah rezeki baginya walau seluruh malaikat,jin,syaitan dan manusia berserta seluruh alien (jika ada) cuba untuk menyampaikan rezeki itu ke mulut orang itu.

Rezeki adalah asbab untuk manusia hidup dengan baik dan selesa di dunia ini.Tafsiran rezeki yang asas ialah makan minum.Selebihnya ialah pakaian,tempat tinggal dan anak isteri serta apa yang mampu dinikmati oleh diri kita. Jika ditafsir lagi dengan lebih lagi berdasarkan gaya hidup kini,adalah peti sejuk, komputer, penghawa dingin,motorsikal,kereta dan lain-lain.

Ini juga rezeki dari Allah.Jika anda tinggal di bandar,kereta hampir menjadi keperluan anda berbanding dengan Pak Ngah di kampung.Tanpa kereta,anda mungkin terpaksa bersesak dan menghirup bau penghawa dingin di dalam LRT.Jika tempat kerja anda jauh dari laluan LRT atau pengangkutan awam lain,anda terpaksa membeli kenderaan sendiri,sekurang-kurangnya motosikal.


Anak-anak juga rezeki dari Allah.Setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya oleh Allah.Sebab itu setiap anak yang dilahirkan ada rezekinya dan ibu bapanya sama-sama ‘menumpang’ rezekinya juga.Tetapi hari ini ada orang yangbuang anak.Maknanya dia juga telah buang rezeki yang dikurniakan oleh Allahbersama-sama rezeki yang mengikuti anak tersebut.Entah-entah bayi merah yang dibuang di lubang tandas,tong sampah,surau dan sebagainya itu adalah bakalpeguam,jurutera,pensyarah,ahli perniagaan,ulama atau perdana menteri.Siapa tahu?


Setiap orang berlainan tahap rezekinya.Seorang pemuda zaman batu telah mendapat seekor biawak pasir untuk hidangan makan malam keluarganya,manakala kawannya hanya mampu mendapat dua ekor ular kapak sahaja.Ada orang pada zamanTamadun Sumeria hanya menaiki keldai sahaja,tetapi jirannya mampu menaiki kotak kayu yang dibubuh roda dan ditarik dengan keldai.Maharaja China mampu memakan sup daging angsa manakala petani miskin di Xian hanya mampu memakan belalang goreng sahaja.Seorang pekerja tol mampu menikmati nasi kandar ayam madumanakala seorang ahli politik hanya mampu memakan nasi kosong berlaukkan dua biji telur dan sedikit kuah.Ada orang yang hanya mampu memandu Proton Saga BLMmanakala ada orang memandu Maserati Merak SS.


Ada orang yang mendapat awek secantik Diana Danielle manakala ada yang mendapat gadis secomel Enot. Seorang yang miskin,yang hanya mampu menyediakan lauk siput babi kepada anak-anaknya mampu melahirkan 10 orang anak sebaliknya seorang peguam yang berjaya hanya mampu memiliki dua orang anak.Robert Kuokdikurniakan harta RM42.7 bilion manakala Syed Mokhtar AlBukhary hanya mampu berpuashati dengan aset bernilai RM6.01 bilion.Seorang mat rempit yang berkerja sebagai ‘despatch’ di bandaraya hanya memiliki aset sebanyak RM42.7 dan digelar‘Nan Sempit’ manakala rakannya di kampung yang menternak kambing berjaya menjana pendapatan sebanyak RM6.01 ribu setiap bulan.Seorang pelajar universitihanya mampu makan megi kari sahaja di hujung bulan manakala seorang pekerja restoran McDonalds mampu memakan burger Prosperity dan nugget udang berperisa BBQ walau tanpa wang pun di poketnya!

Fikirkan apa yang akan Obama Tuan Presiden Amerika makan malam ini.Fikirkan apa yang saya dan anda akan makan malam ini.Semasa memikirkan apa yang anda makan malam ini,fikir…apa yang dimakan oleh kanak-kanak yang menjadi yatim piatudi Palestin makan malam ini.

Nilai rezeki yang berbeza antara satu sama lain bukan menunjukkan tahap iman seseorang.Adakah seorang kaya berharta lebih disayangi oleh Allah berbanding seorang fakir miskin? Ariel Sharon,pembunuh dan penjahat yang kejam lebih baik kehidupan materialnya dari seorang Palestin yang syahid dengan wajah tersenyum-senyum.Namun,adakah dia berhak mencium syurga Allah selepas menyapu wajahnya dengan darah kanak-kanak Palestin?

Adakah seorang ahli korporat berasa lebih baik amalnya berbanding seorang ustaz sekolah pondok?

Tidak sama sekali.Jumlah harta atau rezeki yang diberi oleh Allah bukan menunjukkan iman dan amalnya.Rezeki adalah urusan Allah.Tiada siapa yang boleh mengajar Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya.Tiada siapa yang boleh menetapkan rezeki untuk dirinya.Seorang ustaz yang alim ulamak tidak boleh menyangka bahawa dengan amalnya yang membukit,dia berhak lebih kaya dariAnanda Krishnan,tauke Maxis dan Astro.

Seorang yang berusaha belajar bersungguh-sungguh dan kemudian membuka perniagaan yang mantap dengan segala kemahiran dan ilmunya kemudian jatuh muflis tidak boleh menyalahkan Allah yang sepatutnya memberi kekayaan kepada dia kerana dia telah berusaha bermati-matian.Ini kerana Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya bukan mengikut protokol apa-apa.Bukan menurut peraturan apa-apa.Bukan menurut hukum apa-apa.Bukan mematuhi rumus dan etika tertentu.Biarlah dia berusaha macam mana sekalipun atau malas melepek,itu bukan faktor yang mempengaruhi Allah untuk memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya.

ALLAH MEMBERI REZEKI DI ATAS SIFAT KASIH SAYANGNYA,SIFAT AR-RAHMAN DAN AR-RAHIM.

Istimewanya,kita boleh berdoa meminta rezeki dari Allah,meminta melapangkanrezeki,meluaskan rezeki atau tambah rezeki.Dan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah dirinya.

Jika Allah memberi rezeki atas sistem merit,maka makin banyaklah orang miskin dalam dunia.Siapa yang berusaha gigih hanya berjaya.Siapa yang pandai hidup walau pun menipu dan makan rasuah,mereka inilah yang hidup bahagia di dunia.Siapa pandai main duit,dia lah kaya.Siapa yang tidak di universiti,gelaplah masa depannya.Tetapi hukum kehidupan tidak begitu.HIDUP INI BAGAI PUSINGAN RODA.Jika hari ini dia kaya,tidak semestinya dia akan kaya seumur hidup.Bila-bila masa Allah boleh tarik kekayaan darinya.Dulu Rashid Hussein (RHB) tersenarai dalam barisan orang terkaya di Malaysia misalnya,hari ini di manakah beliau? DahuluSyed Mokhtar Al-Bukhari pernah menjual barangan di tepi-tepi jalan ketika kecil namun di manakah beliau hari ini? Donald Trump pernah menjual air tin dan akhbar dari rumah ke rumah ketika remaja namun siapakah beliau hari ini? Tetapi ada orang di stesen bas Medan Kidd,Ipoh atau di Puduraya yang telah mengumpul tin-tin kosong dan kotak-kotak untuk dijual selama bertahun-tahun tetapi masih juga tidak kaya!


Siti Nurhaliza tidak pernah ke universiti. SPM dia hanya pangkat dua. Bahasa Inggerisnya berterabur.’Freshie’ Universiti Malaya yang baru masuk kampus tahun ini lebih fasih berbahasa Inggeris dari Siti Nurhaliza.Tetapi kereta Siti berderet-deret. Siti tinggal di rumah banglo.Apartment,rumah atas bukit,rumah ala resortdan sebagainya pun ada jika rumah banglonya terbakar.Siti tidak kisah. Duitnya beribu,berjuta-juta.Siti bersuamikan Datuk K. Siti tidak perlu jadi perempuan pisau cukur seperti dalam filem Pisau Cukur lakonan Maya Karin dan Fazura untuk memikat Datuk K. Tidak perlu. Namun adakah sebab Siti hanya SPM pangkat dua dan tidak mahir berbahasa Inggeris,dia tak layak untuk kaya? Tidak bukan? Jadi siapa yang beri rezeki kepadanya? Universiti? SEkolah? Muzik? SPM? Diploma? Ijazah? Peminat? Datuk K?

ALLAH LAH YANG BERI REZEKI KEPADA SITI NURHALIZA.


JIka rezeki Allah diberi berdasarkan sistem kuota maka banyaklah orang miskin hari ini.Orang-orang kafir akan jatuh miskin kerana tidak beriman.Malah mentari pun tidak mahu menyinari kehidupan non-muslim ini. Mereka hidup hanya untuk merasaseksaan Allah dan kemudian mati begitu sahaja. Donald Trump tidak layak jadi kaya. Dia mungkin hanya layak minum air sungai Kelang sahaja. Itu pun di akhirat nanti dia akan ditanya tentang nikmat air sungai Kelang itu. Robert Kuok tidak layak makan stik atau bubur nasi Beijing yang mahal itu. Dia mungkin hanya layak makan hampas-hampas tebu atau gula pasir sahaja untuk meneruskan hidup di dunia yang fana ini.


Malah tauke-tauke yang suka menipu dan ahli korporat yang makan rasuah itu pun tidak layak hidup kaya-raya.Jika rezeki diberi mengikut Hukum Ekonomi Adam Smithmaka tauke-tauke dan ahli korporat tadi layak untuk tidur di bawah jambatan.Ini kerana cara penipuan dan pembohongan tidak mematuhi hukum etika dan moral kemanusiaan yang sihat.Ini adalah hukum Machievelli matlamat menghalalkan cara.Ini juga tidak termasuk dalam sistem kuota yang mengikut kehendak Allah. Hanya orang-orang Islam yang beriman sahaja layak makan rezeki Allah. Hanya orang soleh,ustaz,mufti,kaki surau dan masjid sahaja layak kaya-raya berdasarkan iman dan amal mereka. Siapa menentang hukum Allah,dia layak tinggal di kaki-kaki lima mengharap sesuap nasi. Siapa yang tidak suka Hukum Hudud yang dicipta Allahdan suka pula kepada Hukum Penjajah Common Law,maka tenggoroknya tidak layak mengecapi rezeki Allah jika sistem kuota dipakai. Siapa yangmemperlekehkan azan dan Nama-Nya,maka dunia ini akan dijadikan neraka fasa pertama baginya;hidup susah sesusah-susahnya. Rezeki liat nak sampai ke mulutnya.Air pun segan nak menyentuh tubuhnya.Cahaya matahari,lampu pendaflour,lampu neon,lampu disko atau cahaya kelip-kelip sekalipun malu nak menyinari tubuhnya sebab Allah pakai sistem kuota dalam memberi rezeki kepada makhluk-Nya.

TETAPI HAKIKATNYA TIDAK BEGITU.ALLAH BERI REZEKI ATAS SEBAB SIFAT PEMURAH DAN PENYAYANGNYA.SIFAT PENYAYANG ALLAH MELEBIHI KEMURKAANNYA.


Allah tidak beri rezeki atas sistem kuota.Para Kaisar dan Kisra hidup mewah tetapinabi-nabi majoritinya hidup miskin atau sederhana.Jika semua nabi-nabi hidup mewah seperti raja-raja Rom dan Parsi,nanti manusia akan ikut nabi-nabi bukan keranaKEBENARAN ALLAH TETAPI KERANA SEBAB REZEKI YANG DIMILIKI NABI-NABI ITU.

Sebab itu Robert Kuok dan Ananda Krishnan mampu menikmati rezeki Allah.Itu sebab Bill Gates mampu menjana pendapatan 300 juta sebulan.Sebab apa?

SEBAB KASIH SAYANG ALLAH.

Jika seluruh air di alam semesta ini malah seluruh hidrogen dan oksigen yang ada disenyawakan untuk dijadikan dakwat bagi menuliskan nikmat Allah itu kepada seorang manusia,maka tiadalah cukup air-air itu untuk menuliskan nikmat Allahitu.Jika seluruh plastik dan logam malah kayu-kayu di dunia ini dikumpulkan untuk dijadikan pena untuk menuliskan nikmat Allah itu maka sesungguhnya amat jauh lagi dari cukup untuk menghuraikan seluruh nikmat Allah itu.Jika seluruh makhluk dikumpulkan sebahagian menuliskan dengan pena dan sebahagian menaipkan menggunakan mesin taip dan komputer akan semua nikmat Allah,maka tiadalah cukup bilangan mereka dan mereka akan mati sebelum sempat menghabiskan walau suku dari sezarah nikmat Allah itu.


Siapakah yang mampu menilaikan betapa bernilai rezeki yang dikurniakan Allah dari sejak bayi sehingga dewasa? Nilai rezeki Allah itu hanya mampu dinilai ketika dirinya ditahan dari menerima rezeki itu. Donald Trump akan terasa betapa bernilainya sekeping pizza jika dia jatuh miskin dan kebuluran. Ariel Sharon hanya dapat merasakan betapa bernilainya setitis air dan menghargai kehidupan apabila ditimpa koma berbulan-bulan. Ada orang bersungut apabila penghawa dinginnya tidak berfungsi 10 minit. Ada orang memaki hamun apabila ‘black out’ sejam,padahal berapa lama rumahnya disinari cahaya berbanding bergelap?

Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa,

Allah Azza Wa Jalla beri rezeki kepada orang beriman,Allah juga beri rezeki kepada orang kafir.Allah beri rezeki kepada Dr. Maza. Allah beri rezeki juga kepada Rasul Kahar. Allah beri rezeki kepada Datuk Harussani,mufti Perak. Allah beri rezeki juga kepada Ayah Pin yang air basuh kakinya diminum oleh pemuja berhala di Batu Caves. Allah beri rezeki kepada Najib Tun Razak. Allah beri rezeki kepada Anwar Ibrahim. Allah beri rezeki juga kepada Lim Guan Eng. Allah beri rezeki juga kepadaNik Aziz. Allah beri rezeki juga walaupun ada di antara mereka yang berdolak-dalik nak menjalankan Hukum-Nya. Allah beri rezeki juga walau ada di antara mereka yang menggunakan agama untuk cita-cita politik. Allah s.w.t tidak kisah semua itu.SEBAB BUKAN MEREKA YANG BERI REZEKI KEPADA ALLAH BAHKAN ALLAH YANG BERI REZEKI KEPADA MEREKA. Segala tindak tanduk dan pilihan manusia di muka bumi tidak mempengaruhi langsung kekuasaan Allah memberi rezeki.

Adakah kerana seorang gadis Melayu murtad mengikut seorang pemuda yang dicintainya akan menurunkan walau satu paras martabat Allah itu? Adakah kerana seorang gadis di Sweeden yang memeluk Islam kerana mendapat hidayah Allahakan menaikkan walau satu paras martabat Allah? TIDAK…TIDAK DAN TIDAK.

SEMUA ITU TIDAK ADA KESAN LANGSUNG KEPADA KEKUASAAN ALLAH YANG BERKUASA MEMBERI REZEKI KEPADA MANUSIA.

Sama ada manusia mahu beriman atau kafir,itu TIDAK MEMBERI MANFAAT ATAU MUDARAT SEDIKIT PUN KEPADA ALLAH AZZA WA JALLA.

Jadi ya maulana-maulana sekalian apa sebab Allah beri rezeki kepada kita? Apa sebab Allah beri cahaya matahari kepada kita? Apa sebab Allah beri kita bernafas secara percuma ini? Adakah setiap kali kita bernafas ini kita kena tol RM0.20 sen sekali sedut? Rumah yang kita duduk ini,anak-anak kita,isteri kita…siapa yang beri nikmat ini ya maulana-maulana sekalian?


Rezeki yang tuan makan tadi sampai meleleh air liur,siapa yang beri? Roti canai,nasi lemak dan telur separuh masak buat sarapan pagi tadi siapa bagi? Nasi gorengdan air teh siapa yang kurniakan? Nasi kandar mamak dan segelas milo ais makan tengahari siapa bagi? Nasi campur dan teh ais siapa kurniakan? Kenapa Ah Hong dapat makan mi sup dan bubur nasi serta sayuran? Mengapa Muthusamy dapat makan nasi dengan kari dal? Siapa beri rezeki kepada mereka? Patung Buddha? Patung Murugan? Malah Buddha dan Murugan itu sendiri diberi rezeki oleh Allah jika mereka mengetahui. Malah Buddha itu sendiri merintih lapar meminta dihapuskan kesakitannya ketika di bawah Pokok Bo. Siapa yang hapuskan rasa lapar Buddha? Padahal kononnya Buddha itu Tuhan? Siapa yang ’Jesus’ panggil ketika kesakitan ditiang salib? Kenapa tidak turun sahaja dari tiang salib jika dia TUhan?


Kenapa Allah beri juga orang kafir ini hidup senang lenang walau menyembah batu dan kayu? Mengapa Allah sampaikan rezeki ke mulut-mulut mereka walau mereka tidak menyembah-Nya? Mengapa Allah beri juga pembuat filem Fitna makan dan minum setiap hari walau dia kata Allah ni Tuhan pengganas? Kenapa Allah beri juga? Kenapa dan mengapa wahai maulana-maulana?

Tanya diri kenapa Allah beri juga kita makan nasi walau kita buat maksiat,kita tinggalkan sembahyang,kita lawan mak bapak.Allah beri kita masuk universiti,Allahberi kita pekerjaan,Allah majukan perniagaan kita tapi tanya diri, ADAKAH AKU TELAH BERSYUKUR KEPADA NIKMATNYA?

Adakah aku telah bersyukur dengan nikmat rezeki Allah? Rezeki melihat,rezeki mendengar,rezeki menghidu,rezeki makan,rezeki merasa,rezeki menyentuh…rezeki…rezeki…dan rezeki…

Jangan tanya apa yang Allah beri kepada kita,tetapi tanya apa kebaktian yang kita persembahkan kepada Allah.

Allah tidak beri rezeki untuk kita bayar balik rezeki tadi. Allah Maha Kaya dan tidak berkehendak kepada rezeki.Manusialah yang berkehendak kepada rezeki. Allahjadikan kita untuk beribadah kepada-Nya bukan semata-mata mencari rezeki sahaja.MENCARI REZEKI HANYALAH KEPERLUAN MANUSIA BUKAN MATLAMAT HIDUP MANUSIA.

MATLAMAT HIDUP MANUSIA IALAH BERIBADAH KEPADA ALLAH.

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” (Surah az-Zariyat ayat 56)

Kerana itu ya tuan-tuan…hanya satu sebab mengapa Allah beri semua ini kepada kita.TIDAK KIRA YANG ISLAM MAHUPUN YANG KAFIR.

Sebab ini tuan,dan jika kita faham sebab ini…kita akan faham rahsia Ar-Rahman danAr-Rahim.

Dengan sebab ini Allah beri orang Islam makan rezeki Dia. Dengan sebab ini Allahberi orang kafir makan rezeki Dia.

Sebab apa ya tuan-tuan?

SEBAB KASIH SAYANG-NYA.

Ya Allah!Engkau Maha Penyayang Ya Allah!Ampunkan daku Ya Allah!Aku kurang bersyukur kepada Engkau Ya Allah! Aku makan rezeki Engkau tapi aku buat maksiat kepada Engkau Ya Allah!

Ampunkan aku Ya Allah!

Ampunkan aku!…….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...